BADAN SIHAT OTAK CERGAS

Alhamdulillah.. dapat juga luangkan masa menulis entri dalam blog. Tak rajin mana tapi nak share dengan semua orang nukilan yang tidak seberapa dari blog nisha ini.

Dalam dunia ini yang penuh cabaran, tak kira dari segi teknologi atau apa sahaja sedikit sebanyak kita tak kira muda atau tua akan berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam hidup kita.

Dalam hendak menggenggam atau mencapai suatu kejayaan, ramai yang mula menghadapi masalah kesihatan. Berpunca dari diri anda sendiri.. tidur tidak cukup, makan minum yang tidak teratur, tiada pendedahan pada persekitaran samada luar atau dalam. Pendedahan yang positif tau.

Ini antara masalahnya yang kebanyakkan anda hadapi

  • Tekanan
  • Kelesuan dan sakit badan
  • Kurang tidur
  • Kurang daya tumpuan
  • Sakit kepala berulang
  • Lemah daya ingatan
  • Kurang peka

Akibat dari masalah yang disenarai itu, sedikit sebanyak mengganggu produktiviti anda.. betul tak?set brilliant_Fotor

Bagaimana hendak perbaiki? Ada banyak cara. Tapi biarlah cara yang positif. Jangan cari jalan ambil mudah. No illegal ya.

Anda boleh cuba salah satu inisiatif ini iaitu dengan mengambil SET BRILLIANT Shaklee yang lengkap dalam mencapai kesihatan yang lebih baik dan hebat. Anda boleh klik pada gambar untuk lihat lebih jelas lagi

Terapkan slogan “BADAN SIHAT OTAK CERGAS”

Siapa tak gembira bila badan sihat?

Berminat nak tahu lebih lanjut atau ada sebarang pertanyaan boleh contact saya

NISHA RAZALI | SID : 1004211

TEL@WA@TG : 0182151847

Advertisements

Supplemen untuk Kencing Manis

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menulis entri seawal jam 2.41 pagi. Nisha cerita secara ringkas mengenai SUGAR CONTROL SET.

Penyakit kencing manis semakin menular dikalangan orang ramai tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya.

Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat malaysia menghidapi penyakit kencing manis.

Penyakit kencing manis membawa kepada:

  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
  • Luka lambat sembuh dan
  • Hilang fungsi sarafsugar control set_Fotor

Set Sugar Control Shaklee membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pengidap penyakit kencing manis.

Ini adalah gambar Sugar Control Set. Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Sebarang pertanyaan atau pembelian, boleh contact nisha yea 🙂

Nisha Razali | SID : 1004211

TEL@WA@TG : 0182151847

 

Sarapan yang sempurna untuk bertenaga sehari!

Alhamdulillah.. baru selesai sarapan pagi.. kebiasaannya memang sarapan pagi akan bawa ke tengahari.. sebab pagi tu dah ke ‘laut’.. hehe.. OT ngan anak-anak gitu lah gayanya. Seriously, bila anda skip sarapan pagi.. anda akan mudah penat, letih, mood ke ‘laut’.. bila time makan tengahari.. makan macam 2 orang makan.. bahaya tu..

Silap hari bulan nak slim terus jadi bam bam.. jangan yea.. bahaya tu

Meh kita balik pada tajuk asal ‘SARAPAN YANG SEMPURNA UNTUK BERTENAGA SEHARI!

Ramai tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Dengan tidak bersarapan, anda mungkin:

-> Tidak dapat memberu tumpuan untuk masa yang panjang

-> Kurang peka

-> Mengambil masa yang lam untuk bertindak balas

-> Kandungan gula dalam darah yang rendah

-> Produktiviti kerja menurun

PhotoGrid_1408403069814

Shaklee menawarkan SET MIGHTY 3 GEMS untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat.

Kebaikannya:

~ bertenaga sepanjang hari

~ Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan

~ Memelihara kesihatan secara menyeluruh

 

 

Dapatkan 1 satu set untuk sarapan pagi anda. Hubungi saya Nisha Razali 018 215 1847

p/s : elok untuk orang yang selalu tak sempat bersarapan dan juga yang ada gastrik. Kalau yang nak dekat nak bersalin, elok gak bawak nie. Biar rasa bertenaga masa dan selepas bertarung dalam labour room.

Penyakit Diabetes ketika Hamil

Pregnancy with GDM atau penyakit diabetes ketika Hamil.

Jom kita baca entri ini. Jangan pandang ringan perkara ini. Ada di antara rakan saya, babynya meninggal dalam perut berpunca dari penyakit ini.

Diabetes adalah keadaan di mana badan tidak dapat mengawal kandungan glukosa dalam darah.

Jenis Diabetes:

-> Diabetes Jenis 1 dikenali sebagai Diabetes Mellitus bersandarkan Insulin (Insulin Dependent Diabetes Mellitus, IDDM). Bagi kes Diabetes Jenis 1, insulin yang dihasilkan oleh sel beta-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung.

-> Diabetes Jenis 2 sebagai Diabetes Melitus tidak bersandarkan Insulin (Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus, NIDDM). Bagi Diabetes Jenis 2, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit Jenis 2 biasanya mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) . Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti.

-> Gestational Diabeted (Diabetes semasa hamil) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

 

Adakah GDM kerap berlaku?diabetisBM_clip_image002_0006

GDM biasanya dikesan selepas minggu ke 24 kehamilan dan berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang di kandung.

 

SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT DIABETES

– Terdapat gula dalam air kencing semasa pemeriksaan rutin

– Berlebihan berat badan

– Mempunyai ibubapa yang mengidap diabetes

– Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat badan lahir melebihi 4kg

– Pernah mengalami keguguran berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat

– Pernah menghadapi diabetes semasa kehamilan lalu

– Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air mentuban berlebihan) pada kandungan

– Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kehamilan

 

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA HAMIL

– Semua ibu hamil akan menjalani ujian darah (MGTT) sekiranya mempunyai salah satu atau lebih faktor risiko

– Mendapat jagaan kehamilan yang rapi oleh anggota kesihatan

– Mematuhi temujanji dan rawatan yang ditetapkan

– Amalkan kebersihan diri

– Ambil pemeriksaan yang disarankan untuk pesakit diabetes

– Pemeriksaan paras glukos berskala di rumah

 

Mengapa diet yang khusus disyorkan?diabetisBM_clip_image002_0007

Diet seimbang yang berkhasiat amat perlu untuk mengekalkan kesihatan ibu yang sihat dan kehamilan yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami GDM, diet yang sempurna dapat memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan secara amnya ia adalah langkah pertama yang dilakukan sebelum menggunakan terapi insulin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pengambilan kalori setiap hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah. Keperluan kalori setiap hari meningkat sebanyak 300 kalori semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Jika pengambilan kalori semasa tidak hamil adalah 1800 kcal sehari dan berat badan kekal, pengambilan kalori sebanyak 2100 kalori setiap hari adalah biasa dari tempoh 14 minggu kehamilan hingga proses kelahiran. Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:

  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji)
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng.

 

Perlukah melakukan senaman?

Aktiviti fizikal sederhana yang kerap dapat mengurangkan risiko disebabkan oleh GDM dengan meningkatkan keberkesanan tindakan insulin dalam sel-sel badan anda, sekali gus mengekalkan paras glukosa darah yang optimal.

Ia juga dapat membantu mencegah keadaan ketidakselesaan semasa hamil seperti sembelit, sakit belakang dan kekejangan otot.

Berjalan, meregangkan badan dan mengangkat pemberat ringan dapat membantu anda mengeluarkan peluh semasa kehamilan.

Bermulalah dengan sesi selama 15 minit sebanyak tiga kali seminggu dan tingkatkan kekerapan dan tempoh bersenam secara beransur-ansur, jika anda berasa selesa dengan senaman itu.

Banyakkan minum air untuk mencegah penyahhidratan dan amalkan langkah berjaga-jaga apabila bersenam semasa hamil. Berat tambahan yang anda tanggung di abdomen akan mengalihkan pusat graviti anda.

Oleh itu, elakkan aktiviti yang dapat membuatkan anda tidak seimbang. Hentikan senaman jika anda mengalami sebarang kesakitan, pening, sesak nafas, berasa hendak pitam, berdebar-debar, sakit belakang atau pelvis, atau mengalami pendarahan faraj.

 

Apakah yang berlaku jika amalan diet dan senaman gagal mengawal paras gula dalam darah?

Bagi sesetengah kes, walaupun anda telah mengamalkan pengawalan diet yang ketat dan menjalani senaman yang teratur, paras glukosa darah anda masih lagi berada di luar paras yang disyorkan.

Pada keadaan sebegini, doktor anda mungkin akan mengesyorkan suntikan insulin. Insulin tidak boleh diberi secara oral kerana ia akan dihadamkan seperti protein di dalam makanan dan menyebabkan kesan terapeutiknya hilang. Ia selamat digunakan semasa hamil dan hanyalah bersifat sementara kerana bagi kebanyakan kes, paras glukosa darah anda akan kembali normal selepas bersalin.

Ia diberi secara suntikan di bawah kulit dengan menggunakan jarum yang sangat halus, oleh itu anda akan merasa kurang selesa sedikit ketika suntikan diberi. Ia selalu dilakukan oleh anda sendiri dan anda akan diajar oleh doktor atau jururawat bagaimana untuk melakukannya. Jumlah insulin yang diperlukan untuk memastikan paras glukosa darah dalam tahap normal akan meningkat mengikut perkembangan kehamilan. Ini tidak bermakna GDM semakin teruk. Uri yang membesar seiring dengan berlanjutnya kehamilan akan menghasilkan paras hormon yang menentang tindakan insulin yang semakin meningkat. Akhirnya anda memerlukan lebih insulin untuk mengatasi kesannya.

 

ANDA PERLU BERSALIN DI HOSPITAL

 

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN
– Mengamalkan kaedah perancang keluarga yang efektif
– Menyusu bayi dengan susu ibu
– Melakukan ujian darah (MGTT) 6 minggu selepas bersalin
– Mengamalkan pemakanan yang seimbang
– Mematuhi temujanji dan rawatan yang ditetapkan
– Berbincanglah dengan anggota kesihatan jika bercadang hamil

 

Meh cuba cara ini pula.

kencing manis semasa hamil

Ini antara produk yang dicadangkan untuk bantu mengawal kencing manis
– ESP : membantu menstabilkan tahap gula dalam darah.
– BCOMPLEX :  Ia membantu  melancarkan metabolisme dan membekalkan asid folik yang sangat penting untuk mngelakkan kecacatan janin. Selain itu,  ia mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga.
– VITALEA : membekalkan zinc yang diperlukan untuk penghasilan insulin.
– OSTEMATRIX : mengandungi magnesium kerana jika tahap magnesium rendah boleh menyumbang kepada masalah diabetes.

Berminat? Boleh dapatkannya dari saya

NISHA RAZALI | SID : 1004211
TEL @ WA @ TELEGRAM : 018 215 1847

 

 

 

sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/kesihatan-reproduktif/diabetes-semasa-hamil

7 panduan untuk memilih supplemen SOY

Bila baca tajuk kat atas tu terkedu sekejap.. rupa-rupanya bukan senang nak memilih dan membuat soya yang berkualiti.. jom kita baca.. apa kriterianya

Ini dia kritetia yang perlu ada.. Macam nak pilih menantu pulak, yea tak?

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian… toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu~ Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol ~ Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone….. up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan~ Soy yang mentah mengandungi “anti-growth”, “anti-tyrosine” substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan~ Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu. ESP - Soy Protein Isolate PowderKebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

sumber: http://www.mamafaiz.com/2011/01/cara-memilih-soy-protein-yg-berkualiti.html

Sekarang terpulang pada anda untuk memilih mana yang terbaik.. tepuk dada tanya selera..

Kalau tanya saya, saya pilih gambar sebelah tu.. ESP (Energy Soy Protein)

Berminat, contact me at this number 018 215 1847

Supplemen asas untuk anda sekeluarga

Alhamdulillah… dapat gak update post.. walaupun PC dok auto shutdown jea.. bergilir-gilir kejap guna handphone.. kejap guna PC.

Sesiapa yang tak pernah ambil apa-apa supplemen dan ingin mencuba, saya cadangkan cuba Set Family Wellness. Ini adalah supplemen asas yang mengandungi nutrisi yang berkhasiat bukan sahaja untuk anda tetapi juga seisi keluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.family wellness

Jom kita lihat satu persatu kebaikan produk SET FAMILY WELNESS

1) ESP
Kebaikannya:
– Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulih dan pelihara rahim kita.
– Untuk wanita yang sedang pregnant: ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi.
– Untuk wanita yang menyusu anak: ESP bantu banyakkan pengeluaran susu.
– Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita.
– Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan pun kurang.
– Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita.
– Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan tona kulit sekata. Nampak berseri gitu. Kelas u.. jimat make up
– Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Nak best lagi, add on performance drink
– Pesakit kencing manis: ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
– Membekalkan tenaga berterusan yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
– Membantu Menghilangkan “Stretch Mark” Sewaktu Mengandung – ESP Shaklee bertindak memperbaharui sel-sel kulit dan menghasilkan kulit baru yang lebih cantik dan tegang.
– memulihkan fungsi prostat lelaki.
– Untuk sesiapa yang ada gastrik : ESP meneutralkan keasidan di dalam perut.

2) VITALEA
Kebaikannya:
– Sebagai penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
– Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia (vitalea mengandungi Iron yang dapat membantu penghasilan sel darah merah, penyebab utama anemia. Ini sangat penting buat ibu mengandung, ibu dalam pantang dan pesakit anemia)
– Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
– Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
– Merupakan elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid (di sebabkan oleh kekurangan iodin dalam badan pesakit. Sebiji vita-lea mengandungi 75 mcg Iodine (as potassium iodide and sea kelp). Jika anda sedang menghidapi, atau diserang beguk, ambil 2 biji Vita-Lea sehari, untuk memperolehi sumber 150 mcg Iodine, ya. Dengan izin Allah)
– Ia juga berperanan melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati
– Mengandungi Beta Carotene yang membantu mengekalkan pertumbuhan badan, mengawalmasalah penglihatan & membantu pembentukan tisu badan.
– Vita-lea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya
– ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan, dengan pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

3) B-COMPLEX
Kebaikannya:
– melancarkan metabolisme
– melancarkan peredaran darah
– mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
– mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
– memulihkan gangguan saraf
– menjaga kesihatan mata dan kulit
– meningkatkan nafsu makan
– memperbaiki system pencernaan serta membantu mengubah makanan menjadi energi
– Berama-sama dengan jenis vitamin B lainnya, vitamin B5 berguna dalam proses pemecahan lemak , protein, karbohidrat menjadi energi.
– untuk pembentukan sel darah merah dan membuat vitamin D
– meningkatkan kekebalan tubuh
– menjaga keseimbangan garam-garam mineral
– membantu sintetis RNA dan DNA
– mencegah kerosakan saraf pada janin

4) SUSTAINED RELEASE VITA-C
Kebaikannya:
– Membentuk Kolagen : Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
– Memperbaiki Simptom Pendarahan : Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
– Peningkatan Sistem Imun : Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
– Memerangi kanser : Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
– Mencantikkan Kulit : Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
– Memperbaiki Insomnia : Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
– Mengekalkan kolestrol sihat : ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Itulah penerangan secara ringkas. Berminat atau ada sebarang pertanyaan, boleh contact @ wassap saya (Nisha) 018 215 1847

Penyusuan susu Ibu (SI)

Bismillahhirrahmannirrahim,

Alhamdulillah.. hampir setahun saya full breastfeed Alhusaini. Masih jauh lagi untuk cukupkan 2 tahun. Bukan senang yea.. banyak cabaran yang kena lalui.bf

Jom kita baca artikel ini. Saya petik artikel ini daripada Sis Farihah. Semoga boleh menjadi pedoman kita bersama.

Untuk berjaya dalam penyusuan… cuba ELAKKAN perkara berikut:

1. Tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak
Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten (dan kerap) akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.

2. Pengambilan minuman bergas dan berais
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.

3. Pengambilan minuman berkafien
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi…namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja…ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.

4. Pengambilan supplement khas untuk diet
Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan  harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!

ibu menyusu5. Merungut setiap masa
Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.

*Sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun pam cuma dapat 1-2 oz sahaja, tapi sentiasa ucapkan Alhamdulillah tanda syukur di atas nikmatNya. Sekurang-kurangnya kita masih dapat memberikan susu kita kepada si kecil, walaupun kais pagi minum pagi, kais petang minum petang..

Nisha Razali

SID : 1004211 | TEL @ WA : 018 215 1847 | zubainishah@gmail.com

Bulan ramadhan dan pengeluaran susu!!!

Bismillahhirrahmannirrahim..

happyfasting

Gambar : Sumber Google

Bulan puasa pun tak lama lagi.. siap letak gambar lagi.. berkobar-kobar nak sambut bulan ramadhan.. Yang pasti, ramai yang dah mula ganti puasa.. bagi ibu2 yang masih menyusukan anak, jangan risau tentang pengeluaran susu yea.

jangan risau tau.. kalau risau nanti efek pengeluaran susu pulak.. yang penting pastikan kita mengambil makanan yang seimbang. Dengan izin Allah, tak kan terjejas pengeluaran susu. Bila kita berpuasa.. badan kita akan lebih letih dan rasa dahaga yang amat.. bila badan terlalu letih dan tidak bertenaga…ini yang boleh buat kurang mood, stress, naik angin akhirnya impak yang buruk ke atas penghasilan susu… Sebab itulah anda perlu mengambil makanan yang boleh mengekalkan kesegaran anda sepanjang hari seperti oats, kurma, dan makanan tambahan……terutamanya.. ESP, mealshakes dan Performance Drink….

Antara persiapan sebelum/semasa berpuasa bagi seorang ibu menyusu:
–> Amalkan pemakanan seimbang.
–> Banyakkan minum susu, soya dan makanan yang tinggi protein.
–> Ambil supplemen –ESP, mealshake, performance drink, tablet2 vitamin
–> Lebih kerapkan mengepam dan menyusui bayi.
–> Sediakan stok untuk bulan puasa dari awal.
–> Ceria2 selalu.. jangan stress
— >Jaga fizikal-banyakkan rehat, tidur cukup, dsbnya. Ingat, kita bukan superwomen. Kita perlu rehat secukupnya. Kalau tida ia boleh ganggu pengeluaran susu dan kita akan keletihan yang teramat.
–> banyakkan doa & istigfar

Ni testimoni yang mengamalkan performance drink :
Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badan yg hilang.. ~Mommy Lyna

Pada saya, sepanjang 2 tahun berpuasa sambil menyusu dan memerah susu di pejabat ini, sebenarnya pada waktu puasa ini, hasil pengeluaran susu tidak banyak berubah. Jika kebiasaannya anda akan dapat 12oz sehari, contohnya, Insya Allah, jika anda berpuasa, anda akan dapat 12oz EBM juga. ~genki Momma

testimony saya? – saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la sekrg…dan dulu di miri time saya ke offshore.pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..raasa bertenaga..tak rasa haus pun. ~kak cery

sumber :  mamafaiz

 

Untuk pengetahuan semua, ESP adalah Soy Protin dan ianya dalam bentuk serbuk. Mealshakes dan Performance drink pun dalam bentuk serbuk.
Cara penyediaan amat lah senang.

For order atau sebarang pertanyaan, boleh contact saya

Nisha Razali (SID : 1004211)
TEL @ WA : 018 2151 847 | zubainishah@gmail.com

Protein dan penyusuan, pentingkah?

bfBismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya tertarik dengan satu artikel bertajuk protein dan penyusuan.

Ramai atau mungkin yang ada ambil ringan tentang perkara ini atau mungkin kurang pendedahan mengenai perkara ini terutama bagi ibu menyusu.

Perjalanan saya untuk mencapai PHD dalam penyusuan masih jauh lagi. Anak saya baru berusia 9 bulan. Jadi, tinggal lagi 15 bulan lagi untuk capai PHD 😀

Kenapa protein amat penting bagi ibu menyusu? Sebab mereka memerlukan lebih protein untuk menyokong keperluan tubuh dan juga bayi berbanding dengan wanita yang lain.

Kita boleh dapat protein yang mencukupi dalam pemakanan harian kita. Namun, ada sesetengah orang perlu top up dengan mengambil supplemen.

Selain dari itu, kita kena pastikan suplemen itu mengandungi 9 asid amino penting. Dan, 9 nutrisi itu tidak dihasilkan tubuh. Jenuh nak cari kan?

Ini info dari University of Michigan Medical Schoolesp_contain1
“You should always look for a supplement that contains all nine or you may miss out on key nutrients. They include histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan and valine”

Dan yang paling menarik ESP – Soy Protein Isolate Powder mengandungi 9 nutrisi tersebut.

Tak perlu nak pening-pening kepala macamana nak cari nutrisi tu. Dengan pengambilan ESP, masalah selesai.

Berminat, boleh cari saya

NISHA RAZALI (SID:1004211)

TEL|WA : 0182151847