PANAS!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.. Cuaca agak panas sejak kebelakangan ini. Berhati-hati dengan Stroke Haba. Jom baca sedikit sedutan tentang Stroke Haba. Artikel sepenuhnya klik

Cuaca panas yang keterlaluan ini boleh menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi sekiranya seseorang kurang meminum banyak air.

Dehidrasi berlaku apabila tubuh kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya dari tubuh.

Secara umum, individu yang sihat akan kehilangan cecair tubuh melalui proses berpeluh, menangis, membuang air kecil dan besar.

Bagaimanapun, kehilangan air dalam bentuk ini masih boleh diganti dengan mengamalkan meminum air atau mengambil makanan seperti buah-buahan.

Menurut Dr. Amran, ramai beranggapan pembuangan toksin seperti yang difahami oleh sebahagian besar masyarakat dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan yang dikenali sebagai supplement detoxification.

“Ramai yang tidak memahami bahawa hanya sebahagian sahaja daripada makanan tambahan yang dimakan akan diserap ke dalam tubuh, manakala sebahagian yang lain akan disingkirkan,” ujarnya.

Tambahnya, penyingkiran toksin dari tubuh ini bergantung pada jenis makanan tambahan tersebut.

Dr. Amran menjelaskan, toksik dalam tubuh ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah pemakanan, persekitaran dan minuman.

Beliau menambah, tidak ramai yang menyedari bahawa kekuatan asas sistem pertahanan tubuh bermula dari usus.

“Sistem pertahanan tubuh boleh terjejas sekiranya usus menghadapi pelbagai masalah,” katanya.

Justeru, untuk memastikan sama ada usus kita benar-benar sihat, ia boleh diukur daripada tabiat membuang air besar.

Mereka yang menghadapi masalah sembelit kemungkinan tergolong dalam kumpulan yang kurang mengambil air sejajar dengan keperluan tubuh.

Tambah Dr. Amran, bagi mengatasi masalah seumpama ini selain perlu minum banyak air mereka juga perlu mengambil serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.”Tabiat meminum banyak air dan amalan mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi dapat membantu meningkatkan tahap kelembapan usus di samping mengumuhkan bahan-bahan toksin yang tersimpan dalam usus,” katanya.Antara gejala yang dapat dilihat jika seseorang menghadapi masalah usus ialah:a. Tubuh rasa lemahb. Tidak bersemangatc. Mudah mengalami alahand. Sistem pertahanan tubuh lemah

Punca dehidrasi

– Cirit birit

– Muntah-muntah

– Demam

Diabetes

– Ubat-ubat diuretik

– Kencing tawar

– Kepanasan yang keterlaluan

Ia merupakan satu keadaan di mana suhu tubuh meningkat hingga ke paras yang terlalu tinggi akibat cuaca panas dan badan tidak berupaya untuk menyejukkannya semula.

Sekiranya suhu tubuh meningkat hingga ke tahap kepanasan yang tinggi, ia boleh menyebabkan individu terbabit koma atau meninggal dunia.

Sehubungan itu, ia perlu dirawat dalam jangka masa 24 jam.

Seseorang yang mengalami masalah kepanasan yang keterlaluan ini boleh dikenal pasti melalui gejala-gejala seperti:

a. Tubuh terlalu lemah

b. Pening kepala

c. Rasa hendak muntah

d. Pucat

e. Tangan dan kaki menjadi sejuk

Jenis-jenis dehidrasi

Dehidrasi yang sedikit. Seseorang akan mengalami haus, bibir dan mulut kering serta boleh mendapat ulser.

Dehidrasi sederhana. Mulut dan membran bahagian dalamnya menjadi terlalu kering, kulit menjadi kurang elastik apabila dicubit.

Sesetengah kanak-kanak yang mengalami dehidrasi mengalami masalah jangkitan, muntah-muntah, mata cengkung atau terbenam dan bahagian atas kepala terbenam.

Dehidrasi yang serius. Gejalanya tidak banyak beza dengan dehidrasi pada tahap sederhana. Bagaimanapun, gejala-gejala yang dialami memerlukan rawatan segera seperti:

a. Denyutan nadi menjadi lemah

b. Mengalami renjatan

c. Pernafasan menjadi laju

d. Keletihan yang amat sangat

e. Kekeliruan

Dalam keadaan begini, individu terbabit terutama kanak-kanak memerlukan rawatan kecemasan dan perlu dibawa ke hospital segera untuk diberi melalui intravena.

Warga tua merupakan golongan yang paling kerap mengalami dehidrasi peringkat sederhana dan serius.

Rawatan

Individu yang dikenal pasti mengalami masalah ini memerlukan rawatan segera dengan melakukan langkah-langkah seperti:

– Membawa individu terbabit ke tempat teduh atau bilik yang sejuk

– Letakkan pesakit dalam keadaan berbaring

– Longgarkan pakaian sekiranya pakaian yang dipakai agak ketat supaya ada aliran udara

– Lapkan tubuh dan kepala individu tersebut dengan air sejuk

– Berikan individu tersebut air garam galian. Jika individu tersebut tidak boleh minum, air garam tersebut perlu dimasukkan melalui intravena.

Pencegahan

– Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama

– Minum air kosong yang banyak

– Elakkan memakai pakaian yang ketat atau warna gelap terutama ketika cuaca panas

– Pakai topi bagi melindungi kepala daripada cuaca panas atau menggunakan payung

– Elakkan minum minuman keras

– Kurangkan aktiviti-aktiviti fizikal di luar rumah

– Sekiranya ingin memandu, jangan terus masuk ke dalam

kereta jika kereta terjemur lama di bawah cahaya matahari

Jenis-jenis kepanasan haba

– Kekejangan haba

– Kekurangan air boleh menyebabkan seseorang mengalami kekejangan pada betis

– Kelesuan haba

– Suhu tubuh meningkat begitu tinggi

– Strok haba. Kategori ini yang memerlukan rawatan kecemasan segera dan tidak seharusnya dipandang ringan.

Anda boleh juga minum minuman isotonik dari produk shaklee iaitu Performance Drink yang tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Ia sangat sesuai untuk
– para atlet
– mereka yang berpuasa
– fasting therapy
– keletihan
– cirit birit
– wanita yang sedang menyusukan anak
– wanita yang sedang mengandung
– yang nak rasa demam
– dan sebagainya
Yang penting, NO SUGAR and NO GAS
pd1

 

Berminat nak dapatkan PERFORMANCE DRINK, contact me

NISHA RAZALI

SID : 1004211 | TEL @ WA : 018 215 1847 | zubainishah@gmail.com