Supplemen untuk Kencing Manis

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menulis entri seawal jam 2.41 pagi. Nisha cerita secara ringkas mengenai SUGAR CONTROL SET.

Penyakit kencing manis semakin menular dikalangan orang ramai tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya.

Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat malaysia menghidapi penyakit kencing manis.

Penyakit kencing manis membawa kepada:

  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
  • Luka lambat sembuh dan
  • Hilang fungsi sarafsugar control set_Fotor

Set Sugar Control Shaklee membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pengidap penyakit kencing manis.

Ini adalah gambar Sugar Control Set. Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Sebarang pertanyaan atau pembelian, boleh contact nisha yea 🙂

Nisha Razali | SID : 1004211

TEL@WA@TG : 0182151847

 

Penyakit Diabetes ketika Hamil

Pregnancy with GDM atau penyakit diabetes ketika Hamil.

Jom kita baca entri ini. Jangan pandang ringan perkara ini. Ada di antara rakan saya, babynya meninggal dalam perut berpunca dari penyakit ini.

Diabetes adalah keadaan di mana badan tidak dapat mengawal kandungan glukosa dalam darah.

Jenis Diabetes:

-> Diabetes Jenis 1 dikenali sebagai Diabetes Mellitus bersandarkan Insulin (Insulin Dependent Diabetes Mellitus, IDDM). Bagi kes Diabetes Jenis 1, insulin yang dihasilkan oleh sel beta-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung.

-> Diabetes Jenis 2 sebagai Diabetes Melitus tidak bersandarkan Insulin (Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus, NIDDM). Bagi Diabetes Jenis 2, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit Jenis 2 biasanya mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) . Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti.

-> Gestational Diabeted (Diabetes semasa hamil) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

 

Adakah GDM kerap berlaku?diabetisBM_clip_image002_0006

GDM biasanya dikesan selepas minggu ke 24 kehamilan dan berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang di kandung.

 

SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT DIABETES

– Terdapat gula dalam air kencing semasa pemeriksaan rutin

– Berlebihan berat badan

– Mempunyai ibubapa yang mengidap diabetes

– Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat badan lahir melebihi 4kg

– Pernah mengalami keguguran berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat

– Pernah menghadapi diabetes semasa kehamilan lalu

– Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air mentuban berlebihan) pada kandungan

– Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kehamilan

 

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA HAMIL

– Semua ibu hamil akan menjalani ujian darah (MGTT) sekiranya mempunyai salah satu atau lebih faktor risiko

– Mendapat jagaan kehamilan yang rapi oleh anggota kesihatan

– Mematuhi temujanji dan rawatan yang ditetapkan

– Amalkan kebersihan diri

– Ambil pemeriksaan yang disarankan untuk pesakit diabetes

– Pemeriksaan paras glukos berskala di rumah

 

Mengapa diet yang khusus disyorkan?diabetisBM_clip_image002_0007

Diet seimbang yang berkhasiat amat perlu untuk mengekalkan kesihatan ibu yang sihat dan kehamilan yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami GDM, diet yang sempurna dapat memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan secara amnya ia adalah langkah pertama yang dilakukan sebelum menggunakan terapi insulin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pengambilan kalori setiap hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah. Keperluan kalori setiap hari meningkat sebanyak 300 kalori semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Jika pengambilan kalori semasa tidak hamil adalah 1800 kcal sehari dan berat badan kekal, pengambilan kalori sebanyak 2100 kalori setiap hari adalah biasa dari tempoh 14 minggu kehamilan hingga proses kelahiran. Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:

  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji)
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng.

 

Perlukah melakukan senaman?

Aktiviti fizikal sederhana yang kerap dapat mengurangkan risiko disebabkan oleh GDM dengan meningkatkan keberkesanan tindakan insulin dalam sel-sel badan anda, sekali gus mengekalkan paras glukosa darah yang optimal.

Ia juga dapat membantu mencegah keadaan ketidakselesaan semasa hamil seperti sembelit, sakit belakang dan kekejangan otot.

Berjalan, meregangkan badan dan mengangkat pemberat ringan dapat membantu anda mengeluarkan peluh semasa kehamilan.

Bermulalah dengan sesi selama 15 minit sebanyak tiga kali seminggu dan tingkatkan kekerapan dan tempoh bersenam secara beransur-ansur, jika anda berasa selesa dengan senaman itu.

Banyakkan minum air untuk mencegah penyahhidratan dan amalkan langkah berjaga-jaga apabila bersenam semasa hamil. Berat tambahan yang anda tanggung di abdomen akan mengalihkan pusat graviti anda.

Oleh itu, elakkan aktiviti yang dapat membuatkan anda tidak seimbang. Hentikan senaman jika anda mengalami sebarang kesakitan, pening, sesak nafas, berasa hendak pitam, berdebar-debar, sakit belakang atau pelvis, atau mengalami pendarahan faraj.

 

Apakah yang berlaku jika amalan diet dan senaman gagal mengawal paras gula dalam darah?

Bagi sesetengah kes, walaupun anda telah mengamalkan pengawalan diet yang ketat dan menjalani senaman yang teratur, paras glukosa darah anda masih lagi berada di luar paras yang disyorkan.

Pada keadaan sebegini, doktor anda mungkin akan mengesyorkan suntikan insulin. Insulin tidak boleh diberi secara oral kerana ia akan dihadamkan seperti protein di dalam makanan dan menyebabkan kesan terapeutiknya hilang. Ia selamat digunakan semasa hamil dan hanyalah bersifat sementara kerana bagi kebanyakan kes, paras glukosa darah anda akan kembali normal selepas bersalin.

Ia diberi secara suntikan di bawah kulit dengan menggunakan jarum yang sangat halus, oleh itu anda akan merasa kurang selesa sedikit ketika suntikan diberi. Ia selalu dilakukan oleh anda sendiri dan anda akan diajar oleh doktor atau jururawat bagaimana untuk melakukannya. Jumlah insulin yang diperlukan untuk memastikan paras glukosa darah dalam tahap normal akan meningkat mengikut perkembangan kehamilan. Ini tidak bermakna GDM semakin teruk. Uri yang membesar seiring dengan berlanjutnya kehamilan akan menghasilkan paras hormon yang menentang tindakan insulin yang semakin meningkat. Akhirnya anda memerlukan lebih insulin untuk mengatasi kesannya.

 

ANDA PERLU BERSALIN DI HOSPITAL

 

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN
– Mengamalkan kaedah perancang keluarga yang efektif
– Menyusu bayi dengan susu ibu
– Melakukan ujian darah (MGTT) 6 minggu selepas bersalin
– Mengamalkan pemakanan yang seimbang
– Mematuhi temujanji dan rawatan yang ditetapkan
– Berbincanglah dengan anggota kesihatan jika bercadang hamil

 

Meh cuba cara ini pula.

kencing manis semasa hamil

Ini antara produk yang dicadangkan untuk bantu mengawal kencing manis
– ESP : membantu menstabilkan tahap gula dalam darah.
– BCOMPLEX :  Ia membantu  melancarkan metabolisme dan membekalkan asid folik yang sangat penting untuk mngelakkan kecacatan janin. Selain itu,  ia mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga.
– VITALEA : membekalkan zinc yang diperlukan untuk penghasilan insulin.
– OSTEMATRIX : mengandungi magnesium kerana jika tahap magnesium rendah boleh menyumbang kepada masalah diabetes.

Berminat? Boleh dapatkannya dari saya

NISHA RAZALI | SID : 1004211
TEL @ WA @ TELEGRAM : 018 215 1847

 

 

 

sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/kesihatan-reproduktif/diabetes-semasa-hamil