Supplemen asas untuk anda sekeluarga

Alhamdulillah… dapat gak update post.. walaupun PC dok auto shutdown jea.. bergilir-gilir kejap guna handphone.. kejap guna PC.

Sesiapa yang tak pernah ambil apa-apa supplemen dan ingin mencuba, saya cadangkan cuba Set Family Wellness. Ini adalah supplemen asas yang mengandungi nutrisi yang berkhasiat bukan sahaja untuk anda tetapi juga seisi keluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.family wellness

Jom kita lihat satu persatu kebaikan produk SET FAMILY WELNESS

1) ESP
Kebaikannya:
– Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulih dan pelihara rahim kita.
– Untuk wanita yang sedang pregnant: ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi.
– Untuk wanita yang menyusu anak: ESP bantu banyakkan pengeluaran susu.
– Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita.
– Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan pun kurang.
– Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita.
– Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan tona kulit sekata. Nampak berseri gitu. Kelas u.. jimat make up
– Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Nak best lagi, add on performance drink
– Pesakit kencing manis: ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
– Membekalkan tenaga berterusan yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
– Membantu Menghilangkan “Stretch Mark” Sewaktu Mengandung – ESP Shaklee bertindak memperbaharui sel-sel kulit dan menghasilkan kulit baru yang lebih cantik dan tegang.
– memulihkan fungsi prostat lelaki.
– Untuk sesiapa yang ada gastrik : ESP meneutralkan keasidan di dalam perut.

2) VITALEA
Kebaikannya:
– Sebagai penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
– Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia (vitalea mengandungi Iron yang dapat membantu penghasilan sel darah merah, penyebab utama anemia. Ini sangat penting buat ibu mengandung, ibu dalam pantang dan pesakit anemia)
– Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
– Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
– Merupakan elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid (di sebabkan oleh kekurangan iodin dalam badan pesakit. Sebiji vita-lea mengandungi 75 mcg Iodine (as potassium iodide and sea kelp). Jika anda sedang menghidapi, atau diserang beguk, ambil 2 biji Vita-Lea sehari, untuk memperolehi sumber 150 mcg Iodine, ya. Dengan izin Allah)
– Ia juga berperanan melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati
– Mengandungi Beta Carotene yang membantu mengekalkan pertumbuhan badan, mengawalmasalah penglihatan & membantu pembentukan tisu badan.
– Vita-lea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya
– ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan, dengan pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

3) B-COMPLEX
Kebaikannya:
– melancarkan metabolisme
– melancarkan peredaran darah
– mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
– mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
– memulihkan gangguan saraf
– menjaga kesihatan mata dan kulit
– meningkatkan nafsu makan
– memperbaiki system pencernaan serta membantu mengubah makanan menjadi energi
– Berama-sama dengan jenis vitamin B lainnya, vitamin B5 berguna dalam proses pemecahan lemak , protein, karbohidrat menjadi energi.
– untuk pembentukan sel darah merah dan membuat vitamin D
– meningkatkan kekebalan tubuh
– menjaga keseimbangan garam-garam mineral
– membantu sintetis RNA dan DNA
– mencegah kerosakan saraf pada janin

4) SUSTAINED RELEASE VITA-C
Kebaikannya:
– Membentuk Kolagen : Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
– Memperbaiki Simptom Pendarahan : Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
– Peningkatan Sistem Imun : Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
– Memerangi kanser : Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
– Mencantikkan Kulit : Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
– Memperbaiki Insomnia : Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
– Mengekalkan kolestrol sihat : ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Itulah penerangan secara ringkas. Berminat atau ada sebarang pertanyaan, boleh contact @ wassap saya (Nisha) 018 215 1847

Advertisements

G6PD!!

Bismillahhirrahmannirrahim,

Hari ini saya nak kongsi dengan anda mengenai G6PD. Jom kita baca artikel ini. Sumber dari MyHealth

Apa itu G6PD?

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosa

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Gejala/Tanda-tanda

fototerapi

Gambar 1 : Bayi yang menjalani rawatan fototerapi

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada

Akibat daripada hemolisis

  • jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.

Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan

kacang parang

Gambar 2 : Kacang Parang

Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1).

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis

Makanan dan herba yang perlu dielakkan
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
    • Chuen Lin
    • San Chi
    • 13 herbs
    • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

Bahan lain yang mesti dielakkan

  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Ubat yang mesti dielakkan

  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim
  • Paracetamol
  • Ascorbic acid
  • Aspirin
  • Chloramphenicol
  • Chloroquine
  • Colchicine
  • Diphenhydramine
  • Isoniazid
  • Phenacetin
  • Phenylbutazone
  • Phenytoin
  • Probenecid
  • Procainamide
  • Pyrimethamine
  • Quinidine
  • Streptomycin
  • Sulfisoxazole
  • Trimethoprim
  • Tripelennamine
  • Vitamin K
  • Mefloquine

 

Berikut adalah cadangan supplement bagi ibu yang menyusukan bayi G6PDibu nyusu anak G6PD

Vitalea
Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.

Vita C
menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Ostematrix
alternatif sebagai milk booster

Bcomplex
Untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu.

Jika ada sebarang pertanyaan atau pembelian , boleh contact saya seperti biasa

NISHA RAZALI
SID : 1004211 | TEL@WA : 018 215 1847 | zubainishah@gmail.com