Demam Denggi

Hari ini nisha buat entri mengenai demam denggi memandangkan ada di kalangan rakan-rakan yang mula di serang demam denggi.

Walaupun ada sesetengah dah tahu. Kita flashback atau review mengenai apa itu demam denggi. Biar semua orang start alert mengenai penyakit ini.

Jom baca.

Pengenalannyamuk

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 – 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai “breakbone fever”.
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.

Pemastian diagnosa penyakit

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.

Rawatan

  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

Demam Denggi Berdarah

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Faktor penyumbang

Intravena:

  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.

Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:hapus denggi

  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

Maklumat lanjut

  • Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.
  • Pejabat Kesihatan berhampiran.
  • Klinik Kesihatan berhampiran.
  • Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, http://www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888

 

Ini Tips dan Petua  Merawat Demam Denggi 

– Minum air suam / air masak dengan banyaknya.

– Minum sup ketam. Samada ketam nipah atau apa-apa jenis ketam.

– Minum jus daun betik. Cari daun pokok betik yang matang. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil jus itu.jangan campur dengan air, kerana jus itu sangat pahit. Jangan lupa basuh daun betik itu sebelum menumbuknya yea.

– Minum jus buah kiwi. Kisar buah kiwi yang fresh dan minum jusnya

– Minum jus kurma. Kisar buah kurma dalam 10 – 20  biji bersama segelas air suam. Minum setengah gelas waktu pagi dan setengah gelas  waktu petang setiap hari sehingga sembuh.

– Minum jus jambu

– Minum jus pegaga. Kisar pegaga dan minum jusnya.

– Makan buah tembikai merah banyak-banyak

Anda juga boleh mencuba supplement tambahan ini bagi membantu dalam menyembuh demam denggi. Klik pada gambar untuk melihat lebih jelas lagi.

demam denggi

 

Jika anda ingin mendapatkan supplemen tambahan ini, boleh contact saya seperti di bawah

– NISHA RAZALI | SID : 100422 | TEL @ WA : 018 215 1847

 

 

Sumber dari:

http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/demam-denggi

 

Sarapan yang sempurna untuk bertenaga sehari!

Alhamdulillah.. baru selesai sarapan pagi.. kebiasaannya memang sarapan pagi akan bawa ke tengahari.. sebab pagi tu dah ke ‘laut’.. hehe.. OT ngan anak-anak gitu lah gayanya. Seriously, bila anda skip sarapan pagi.. anda akan mudah penat, letih, mood ke ‘laut’.. bila time makan tengahari.. makan macam 2 orang makan.. bahaya tu..

Silap hari bulan nak slim terus jadi bam bam.. jangan yea.. bahaya tu

Meh kita balik pada tajuk asal ‘SARAPAN YANG SEMPURNA UNTUK BERTENAGA SEHARI!

Ramai tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Dengan tidak bersarapan, anda mungkin:

-> Tidak dapat memberu tumpuan untuk masa yang panjang

-> Kurang peka

-> Mengambil masa yang lam untuk bertindak balas

-> Kandungan gula dalam darah yang rendah

-> Produktiviti kerja menurun

PhotoGrid_1408403069814

Shaklee menawarkan SET MIGHTY 3 GEMS untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat.

Kebaikannya:

~ bertenaga sepanjang hari

~ Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan

~ Memelihara kesihatan secara menyeluruh

 

 

Dapatkan 1 satu set untuk sarapan pagi anda. Hubungi saya Nisha Razali 018 215 1847

p/s : elok untuk orang yang selalu tak sempat bersarapan dan juga yang ada gastrik. Kalau yang nak dekat nak bersalin, elok gak bawak nie. Biar rasa bertenaga masa dan selepas bertarung dalam labour room.

PANAS!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.. Cuaca agak panas sejak kebelakangan ini. Berhati-hati dengan Stroke Haba. Jom baca sedikit sedutan tentang Stroke Haba. Artikel sepenuhnya klik

Cuaca panas yang keterlaluan ini boleh menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi sekiranya seseorang kurang meminum banyak air.

Dehidrasi berlaku apabila tubuh kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya dari tubuh.

Secara umum, individu yang sihat akan kehilangan cecair tubuh melalui proses berpeluh, menangis, membuang air kecil dan besar.

Bagaimanapun, kehilangan air dalam bentuk ini masih boleh diganti dengan mengamalkan meminum air atau mengambil makanan seperti buah-buahan.

Menurut Dr. Amran, ramai beranggapan pembuangan toksin seperti yang difahami oleh sebahagian besar masyarakat dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan yang dikenali sebagai supplement detoxification.

“Ramai yang tidak memahami bahawa hanya sebahagian sahaja daripada makanan tambahan yang dimakan akan diserap ke dalam tubuh, manakala sebahagian yang lain akan disingkirkan,” ujarnya.

Tambahnya, penyingkiran toksin dari tubuh ini bergantung pada jenis makanan tambahan tersebut.

Dr. Amran menjelaskan, toksik dalam tubuh ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah pemakanan, persekitaran dan minuman.

Beliau menambah, tidak ramai yang menyedari bahawa kekuatan asas sistem pertahanan tubuh bermula dari usus.

“Sistem pertahanan tubuh boleh terjejas sekiranya usus menghadapi pelbagai masalah,” katanya.

Justeru, untuk memastikan sama ada usus kita benar-benar sihat, ia boleh diukur daripada tabiat membuang air besar.

Mereka yang menghadapi masalah sembelit kemungkinan tergolong dalam kumpulan yang kurang mengambil air sejajar dengan keperluan tubuh.

Tambah Dr. Amran, bagi mengatasi masalah seumpama ini selain perlu minum banyak air mereka juga perlu mengambil serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.”Tabiat meminum banyak air dan amalan mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi dapat membantu meningkatkan tahap kelembapan usus di samping mengumuhkan bahan-bahan toksin yang tersimpan dalam usus,” katanya.Antara gejala yang dapat dilihat jika seseorang menghadapi masalah usus ialah:a. Tubuh rasa lemahb. Tidak bersemangatc. Mudah mengalami alahand. Sistem pertahanan tubuh lemah

Punca dehidrasi

– Cirit birit

– Muntah-muntah

– Demam

Diabetes

– Ubat-ubat diuretik

– Kencing tawar

– Kepanasan yang keterlaluan

Ia merupakan satu keadaan di mana suhu tubuh meningkat hingga ke paras yang terlalu tinggi akibat cuaca panas dan badan tidak berupaya untuk menyejukkannya semula.

Sekiranya suhu tubuh meningkat hingga ke tahap kepanasan yang tinggi, ia boleh menyebabkan individu terbabit koma atau meninggal dunia.

Sehubungan itu, ia perlu dirawat dalam jangka masa 24 jam.

Seseorang yang mengalami masalah kepanasan yang keterlaluan ini boleh dikenal pasti melalui gejala-gejala seperti:

a. Tubuh terlalu lemah

b. Pening kepala

c. Rasa hendak muntah

d. Pucat

e. Tangan dan kaki menjadi sejuk

Jenis-jenis dehidrasi

Dehidrasi yang sedikit. Seseorang akan mengalami haus, bibir dan mulut kering serta boleh mendapat ulser.

Dehidrasi sederhana. Mulut dan membran bahagian dalamnya menjadi terlalu kering, kulit menjadi kurang elastik apabila dicubit.

Sesetengah kanak-kanak yang mengalami dehidrasi mengalami masalah jangkitan, muntah-muntah, mata cengkung atau terbenam dan bahagian atas kepala terbenam.

Dehidrasi yang serius. Gejalanya tidak banyak beza dengan dehidrasi pada tahap sederhana. Bagaimanapun, gejala-gejala yang dialami memerlukan rawatan segera seperti:

a. Denyutan nadi menjadi lemah

b. Mengalami renjatan

c. Pernafasan menjadi laju

d. Keletihan yang amat sangat

e. Kekeliruan

Dalam keadaan begini, individu terbabit terutama kanak-kanak memerlukan rawatan kecemasan dan perlu dibawa ke hospital segera untuk diberi melalui intravena.

Warga tua merupakan golongan yang paling kerap mengalami dehidrasi peringkat sederhana dan serius.

Rawatan

Individu yang dikenal pasti mengalami masalah ini memerlukan rawatan segera dengan melakukan langkah-langkah seperti:

– Membawa individu terbabit ke tempat teduh atau bilik yang sejuk

– Letakkan pesakit dalam keadaan berbaring

– Longgarkan pakaian sekiranya pakaian yang dipakai agak ketat supaya ada aliran udara

– Lapkan tubuh dan kepala individu tersebut dengan air sejuk

– Berikan individu tersebut air garam galian. Jika individu tersebut tidak boleh minum, air garam tersebut perlu dimasukkan melalui intravena.

Pencegahan

– Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama

– Minum air kosong yang banyak

– Elakkan memakai pakaian yang ketat atau warna gelap terutama ketika cuaca panas

– Pakai topi bagi melindungi kepala daripada cuaca panas atau menggunakan payung

– Elakkan minum minuman keras

– Kurangkan aktiviti-aktiviti fizikal di luar rumah

– Sekiranya ingin memandu, jangan terus masuk ke dalam

kereta jika kereta terjemur lama di bawah cahaya matahari

Jenis-jenis kepanasan haba

– Kekejangan haba

– Kekurangan air boleh menyebabkan seseorang mengalami kekejangan pada betis

– Kelesuan haba

– Suhu tubuh meningkat begitu tinggi

– Strok haba. Kategori ini yang memerlukan rawatan kecemasan segera dan tidak seharusnya dipandang ringan.

Anda boleh juga minum minuman isotonik dari produk shaklee iaitu Performance Drink yang tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Ia sangat sesuai untuk
– para atlet
– mereka yang berpuasa
– fasting therapy
– keletihan
– cirit birit
– wanita yang sedang menyusukan anak
– wanita yang sedang mengandung
– yang nak rasa demam
– dan sebagainya
Yang penting, NO SUGAR and NO GAS
pd1

 

Berminat nak dapatkan PERFORMANCE DRINK, contact me

NISHA RAZALI

SID : 1004211 | TEL @ WA : 018 215 1847 | zubainishah@gmail.com