Penyakit Buah Pinggang


Teringat masa melawat arwah mak ngah di hospital kedah, nisha ada ambil beberapa risalah. Meh baca entri dari risalah mengenai penyakit buah pinggang.

APA FUNGSI BUAH PINGGANG?

Fungsi buah pinggang adalah mengekalkan imbangan homestatik cecair dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air sebagai kencing.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat didalamnya.

 

APAKAH PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK?

Penyakit buah pinggang kronik berlaku apabila seseorang individu mengeluarkan protein berlebihan di dalam air kencing atau mengalami pengurangan fungsi buah pinggang yang ketara.

Ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti tekanan darah tingg, kekurangan darah, kerosakan jantung dan salur darah.

 

PENYEBAB BUAH PINGGANG KRONIK

~ Diabetes (Kencing Manis)

~ Tekanan Darah Tinggi

~ Glomerulonephritis (keradangan buah pinggang)

~ Jangkitan kuman

~ Batu karang

~ Penyakit keturunan

 

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT BUAH PINGGANG

~ Ketidakselesaan atau merasa membakar semasa membuang air kencing

~ Darah keluar bersama-sama air kencing

~ Perubahan kekerapan membuang air kencing pada waktu tengah malam

~ Sakit belakang (bahagian ioin)

~ Bengkak pada pergelangan kaki

~ Sembab di keliling mata yang berlarutan, terutamanya pada sebelah pagi

 

CARA UNTUK MENGESAN PENYAKIT BUAH PINGGANG

Pada peringkat awal:

Dengan menjalani ujian darah dan air kencing bagi mengesan tanda-tanda berlaku kerosakan kepada buah pinggang

 

APAKAH AKIBAT JIKA TIDAK DIKESAN AWAL?

Risiko mengalami kerosakan teruk hingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang

Risiko kematian disebabkan oleh serangan jantung.

 

SIAPA YANG BERISIKO?

~ Pesakit Diabetes (Kencing Manis)

~ Pesakit Darah Tinggi

~ Perokok

~ Berat badan yang berlebihan

~ Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi diabetes, darah tinggi dan penyakit buah pinggang

~ Pesakit yang mengalami gejala penyakit buah pinggang lain

 

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

~ Mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan protein dalam air kencing dan melindungi buah pinggang.

~ Mengawal tekanan darah

~ Mengawal gula dan kolestrol di dalam darah

~ Berhenti merokok

~ Bersenam

~ Mengawal berat badan

 

Alternatif lain, anda juga boleh cuba mengamalkan minum vivix memandangkan pesakit buah pinggang tidak boleh mengambil supplemen yang banyak.

 

– NISHA RAZALI | TEL @ WA : 018 215 1847 –

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s