Apa yang awak makan tu?

Nak tahu apa yang nisha makan selain dari nasi, mee, lauk pauk..? Ini dia.. taraaa..

BANYAK? Tak lah.. orang kencing manis, darah tinggi, kolestrol.. lagi banyak ubatnya.. kan..kan.. Ini bukan ubat yea.. ini namanya supplemen.. tak sama.. ubat ada drug.. yang ini tidak ada.

Nisha ambil supplemen untuk kesihatan badan. Umur nak masuk 40 tahun nie nak kena jaga.. tak jaga kang takut kena kencing manis, darah tinggi, high colestrol.. yea tak?

Kawan-kawan makan apa pula? 🙂

 

cartoon_cute_Fotor_Collage_Fotor

Sharing is caring

~ Nisha 018 215 1847~

Advertisements

Mengenali Vivix

Hari ini nisha nak kongsi mengenai Vivix. Apa yang istimewa tentangnya?

Vivix, satu minumam campuran botanikal yang penuh dengan kebaikan bagi mengekalkan kesihatan badan dan enak rasanya!

Terdapat 4 ramuan utama Vivix iaitu Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu (Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas lagi)

purple carrot_Fotor_Collage_Fotor

Manafaat Vivix:

– Perlindungan antioksida

– Menyokong sistem imun

– Menyokong kesihatan jantung

– Menyokong fungsi kardiovaskular

– Kesihatan keseluruhan

– Menyokong kesihatan sendi

– Menyokong kesihatan sendi

 

Vivix bantu melawan proses penuaan secara selular melalui 4 mekanisme

– melindungi dan membaiki sellular DNA

– melambatkan penuaan tahap selular

– meningkatkan tahap tenaga di dalam sel

– melambatkan pembentukan protin AGE

 

Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya. (Credit to MamaFaiz)

 

Menarik kan? Siapa nak VIVIX, contact nisha

~ NISHA RAZALI | SID : 1004211 | TEL @ WA : 018 215 1847 ~

 

Get Clean Water Pitcher

Hari ini nisha nak kongsi mengenai Get Clean Water Pitcher. Bagi sesiapa yang masih tercari-cari, meh pilih ini. Nak tahu sebab apa. Jom baca entri kat bawah ini.

Get Clean Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya – termasuk sehingga 99% plumbum!

Get Clean Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.

Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.get-clean-water-pitcher

Marilah kita meraikannya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air – dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula

Pilihan Bijak!

  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos

Keunikan Shaklee

Selamat

  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).

Pintar

  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.

Berkuasa Tinggi

  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis – dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.

Mesra Alam

  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.

 

Berminat, boleh contact nisha seperti di bawah

~ NISHA RAZALI | SID : 1004211 | TEL @ WA : 018 215 1847 ~

Stress is Killer?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Jangan stress pagi-pagi nie.. bahaya tau.. penyakit stress nie boleh mengundang banyak penyakit

Dari takde sembelit, boleh jadi sembelitKesan-kesan akibat stress

Takde darah tinggi, jadi ada darah tinggi

Takde stroke, tetiba kena stroke

Dari boleh kawal makan, boleh jadi pemakan. Badan tu dah macam di pam-pam kan.

Jadinya, untuk mengawal stress anda perlukan vitamin BComplex. Jom kita kenali ahli keluarga BComplex – Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12.

Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda. Ini fungsi setiap vitamin B

  • Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  • Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

 

 

 

 

 

b-complex

Kenapa anda pilih termasuk saya Bcomplex dari produk Shaklee?

Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif~Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. ~Mudah di telan. ~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin (Credit to MamaFaiz)
Ini lah perkongsian dari nisha. Elakkan dari stress. Banyak keburukkanya. Ia boleh bawa kemurungan, obesiti, stroke.. Ingatlah!! Ramai di luar sana sayangi anda.
-NISHA RAZALI | SID : 1004211 | TEL @ WA : 018 215 1847 –

 

 

Jantung untuk kehidupan

Alhamdulillah.. ter rajin nak menulis entri dalam blog hari ini. Selalunya memang kehabisan idea. Nasib baik terjumpa risalah mengenai ‘Jantung Untuk Kehidupan’.

Meh baca. Tambah pengetahuan.

KENALI JANTUNGlove jantung

Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin hinggalah seseorang itu meninggal duni. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.

Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari.

Jantung yang sihat juga akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu 60 hingga 81 kali seminit.

 

PENYAKIT JANTUNG

Seseorang individu boleh menghidapi 2 jenis penyakit jantung iaitu:

PENYAKIT JANTUNG KONGENITAL

Berlaku sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injap jantung

PENYAKIT JANTUNG BUKAN KONGENITAL

Terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti jantung koronari

 

SERANGAN JANTUNG

Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan atau bekalan darah terhenti sama sekali.

Ini terjadi apabila berlakunya pengumpalan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jangtung.

Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya, ini boleh menyebabkan serangan jantung.

 

FAKTOR-FAKTO RISIKO SERANGAN JANTUNG

~ Kurang senaman / tidak aktif

~ Pemakanan yang tida k sihat

~ Tekanan darah tinggi

~ Tekanan perasaan (stress)

~ Merokok

~ Kegemukan

~ Diabetes

 

TANDA-TANDA SERANGAN JANTUNGsakit jantung

~ Sesak nafas

~ Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher

~ Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan

~ Berpeluh dingin

~ Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas

~ Pening kepala dan berasa loya

 

MENCEGAH SERANGAN JANTUNG

Amalkan Cara Hidup Sihat

~ Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali.

~ Makan secara sihat

~ Kekalkan berat badan unggul

~ Berhenti merokok

~ Belajar menangani tekanan perasaan

~ Periksa paras glukosa darah

~ Awasi paras kolestrol

~ Lakukan pemeriksaan secara berkala

 

Anda boleh cuba alternatif ini untuk menjaga kesihatan jantung anda. Klik kat gambar yea untuk lihat lebih jelas.

love jantung1_Fotor_Collage_Fotor_Fotor1

 

For order, contact me as usual

– NISHA RAZALI | SID : 1004211 | TEL @ WA : 018 215 1847

 

Note: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Testimonial – Jantung

Bila dengar dan baca testimonial dari rakan-rakan di FB, datang semangat untuk terus share dengan semua orang tentang kebaikan produk shaklee.

Amalan makanana sunnah nisha tak pernah ketepikan. Nisha lagi suka mix kan makanan sunnah dengan produk Shaklee contohnya madu dengan ESP atau Kurma dengan ESP. Hasilnya? anda kena cuba sendiri. Nisha cerita jea tak syiok kan.

Hari ini nisha nak share testimonial dari seorang sahabat yang pernah menjalani operation jantung dan kita baca apa yang dia consume untuk kesihatan jantungnya. Nak lihat gambar lebih jelas, klik pada gambar tu yea.

 

testi6_Fotor_Fotor_Collage_Fotor

Dah nak sampai penghujung entri nie, meh baca post Jantung untuk Kehidupan. Walaupun entri ini pendek, harap ia memberi info yang berguna.

 

Sharing is Caring

– NISHA RAZALI 018 215 1847 –

Perlukah kita detoks?

Terkeluar idea nak tulis pasal “perlukah kita detoks?”

Ada QUIZ untuk anda yang akan menentukan adakah anda perlu Detox atau tidak.fikir

Jawab sejujurnya dengan ya atau tidak. Beri nilai 1 untuk Ya, nilai 0 untuk Tidak.

1) Adakah anda merasa lelah / badan sakit2 ketika bangun pagi, walaupun anda cukup tidur?
2) Apakah anda minum lebih daripada 3 cawan kopi, teh, atau softdrinks sehari?
3) Apakah anda sering mengalami gelisah/fikiran negatif/moody/stress?
4) Apakah anda sering berasa kembung selepas makan?
5) Apakah anda menkonsumsi alcohol setiap hari?
6) Apakah anda merokok dan / atau tinggal / kerja bersama perokok?
7) Adakah anda tinggal dan bekerja di bandar besar?
8) Apakah anda jarang makan buahbuahan dan sayur-sayuran segar?
9) Adakah anda makan daging merah lebih dari 2 kali seminggu?
10) Apakah anda sering makan bergoreng dan fast food?
11) Apakah anda sering selesema atau alahan?
12) Apakah mood anda sering berubah-rubah
13) Apakah anda sering ketagihan makanan seperti makanan yang manis2 atau roti?
14) Apakah anda sering tidak makan pagi?
15) Apakah berat badan anda mudah naik?
16) Apakah anda sukar menumpukan perhatian?
17) Apakah anda sering sembelit dan cirit-birit?
18) Apakah anda sering sakit otot?
19) Apakah anda sering cepat lelah?
20) Apakah anda sering mengalami jangkitan fungus?

Jika Total anda 5 atau lebih, disarankan anda melakukan Detox.

 

laluan-detoks

Sumber : Google

Perlukah kita detoks?

Perlu, kerana Detoksifikasi (detoks) adalah proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Anda boleh lihat bagaimana proses Detoks berlaku melalui gambarajah di sebelah.

Terapi detoks paling tua dan sudah ratusan tahun dilakukan oleh manusia adalah puasa. Dengan pola makan yang lebih sederhana dan semulajadi sahaja, manusia dahulu sudah memahami bahawa sekali waktu tubuh perlu detoks.

Detoks amat penting bagi manusia moden dengan pola makan yang cenderung menimbulkan hampas lebih banyak dan tersumbat pada sistem tubuh.

Adakah anda tahu, toksin mengakibatkan proses penuaan dan kerosakan lebih cepat pada seluruh sel tubuh. Waktu tidak ada hubungannya dengan penuaan. Penuaan atau proses degenerasi semata-mata adalah karena toksin dan dehidrasi yang kita tabung selama bertahun-tahun.

Apa manafaat dari Detox?

Tujuan detoks ini mengurangkan beban dari sistem pencernaan, sehingga dapat bekerja lebih berkesan, dan untuk merangsang organ2 badan yang tugasnya membersihkan dan menghilangkan racun.

Detoks akan meningkatkan penampilan kita secara menyeluruh, pola tidur akan kembali normal dan menstabilkan keadaan emosi kita. Detox juga meningkatkan gaya hidup yang sihat, kesihatan yang lebih baik dan menurunkan berat badan yang berlebihan.

Kejayaan Detox sangat bergantung apa yang anda makan dan minum, tetapi kejayaannya dapat ditingkatkan dengan pengambilan salah satu supplemen ini untuk mempercepatkan pembuangan toxin agar anda lebih relax dan mengurangkan stress. Ibu mengandung tidak dibenarkan ambil yea.

Herb-Lax™_Fotor_Collage_Fotor

 

Berminat, contact me as usual

~ NISHA RAZALI | SID : 1004211 | TEL @ WA : 018 215 1847 ~

Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Siapa pernah cuba flawless Beauty Set? Siapa pernah cuba salah satu produk seperti gambar di bawah?

vivix2_Fotor_Collage_Fotor

Kalau tak pernah dan yang tengah berkira-kira ingin mencuba, jom kita baca entri ini

Kolagen berfungsi bagi mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Kulit yang kerap terdedah kepada pancaran matahari ditambah dengan pencemaran sekeliling menyebabkan kolagen di dalam sel menyusut dengan lebih cepat sebelum ia mampu di bina semula. Akibatnya, kehilangan kolagen menjadi kulit kendur berkedut, kuku mudah patah dan rambut nipis tidak bermaya.

Shaklee menawarkan Set Flawless Beauty yang lengkap dengan nutrisi penting untuk menyerlahkan kejelitaan anda.

Kebaikan:

~ Membantu menghasilkan kolagen yang diperlukan bagi memelihara kesihatan kulit, tendon, ligamen dan salur darah

~ Menggalakan kulit menjadi lebih tegang, anjal dan lebut

~ Menggalakan rambut menjadi lebih kuat, lebat dan bersinar

~ Membantu mengekalkan kesihatan tulang rawan, tulang dan gigi

Bulan ini promosi Collagen Powder beli 6 percuma 1. Apa kata grab cepat-cepat. Bukan mudah nak dapat promosi macam ini. Dan, jangan sampai ada yang nampak tua dari usia.

Any question, contact me as usual

NISHA RAZALI | SID : 1004211

TEL @ WA : 018 215 1847