Seminar di Berjaya Times Square


Cerita hari Sabtu 23/08/2014

Terasa seronok dan teruja buat pertama kali menghadiri kelas nutrisi di Berjaya Times Squares.

Yang tak best, terlupa bawa stroller anak. Terpaksa dukung husaini dan time tu pulak dia tengah tidur.

Allah jea tahu bagaimana rasanya terpaksa dukung husaini selama 1 1/2 jam di luar Berjaya Time Square. Time tu pula nisha tak tahu kat mana lokasi sebenar seminar tu.

Takde kerusi nak duduk lagi. Dalam hati memujuk ‘Tak mengapa. Aku perlu hadir kelas ini. Aku mahu menimba ilmu. Aku mahu share dengan semua orang’

Bukan nisha ada di situ jea, rupa-rupanya ada beberapa lagi SID ada kat situ. Tengok kat tiket takde pula tulis secara detail lokasi seminar.

Last-last dapat info dari kawan seperjuangan lokasi kat hotel. Berpusu-pusu ke sana. Dalam masa yang sama dapat berkenalan dengan SID lain.

Sampai sana, kena check nama dulu. Huhu.. nama nisha takde dalam list. Terpaksa tulis nama dalam kertas lain.  Sebelah pangku anak dan sebelah pegang pen.. Dalam hati pujuk lagi ‘Ujian ini baru sedikit. Tak mengapa’

Selesai sudah urusan.. tengok sebelah kanan.. wahhh ada ESP dan performance drink.. Alhamdulillah.. rezeki ku dan husaini.. nyam.. nyam

Masuk jer bilik seminar, husaini buat perangai. Dukung sambil berdiri.. duduk di kerusi dia marah.. last-last duduk kat atas carpet

Terpaksa panjangkan leher dan tumpukan setiap apa yg di kata.. dalam masa yang sama melayan karenah husaini.. setengah jam sebelum waktu lunch break, baru husaini mahu main sendiri.. dia jumpa geng dia

Alhamdulillah.. alhirnya dapat juga complete seminar hari itu. Sijil tak dapat. Kena tunggu.. tak mengapa.. yang penting nisha dah dapat ilmu..

Bagaimana rasanya lepas dukung husaini begitu lama? Allah sahaja yang tahu sakitnya macamana.. ambil masa 3 hari baru hilang semua sakit-sakit urat.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s