Seminar di Berjaya Times Square

Cerita hari Sabtu 23/08/2014

Terasa seronok dan teruja buat pertama kali menghadiri kelas nutrisi di Berjaya Times Squares.

Yang tak best, terlupa bawa stroller anak. Terpaksa dukung husaini dan time tu pulak dia tengah tidur.

Allah jea tahu bagaimana rasanya terpaksa dukung husaini selama 1 1/2 jam di luar Berjaya Time Square. Time tu pula nisha tak tahu kat mana lokasi sebenar seminar tu.

Takde kerusi nak duduk lagi. Dalam hati memujuk ‘Tak mengapa. Aku perlu hadir kelas ini. Aku mahu menimba ilmu. Aku mahu share dengan semua orang’

Bukan nisha ada di situ jea, rupa-rupanya ada beberapa lagi SID ada kat situ. Tengok kat tiket takde pula tulis secara detail lokasi seminar.

Last-last dapat info dari kawan seperjuangan lokasi kat hotel. Berpusu-pusu ke sana. Dalam masa yang sama dapat berkenalan dengan SID lain.

Sampai sana, kena check nama dulu. Huhu.. nama nisha takde dalam list. Terpaksa tulis nama dalam kertas lain.  Sebelah pangku anak dan sebelah pegang pen.. Dalam hati pujuk lagi ‘Ujian ini baru sedikit. Tak mengapa’

Selesai sudah urusan.. tengok sebelah kanan.. wahhh ada ESP dan performance drink.. Alhamdulillah.. rezeki ku dan husaini.. nyam.. nyam

Masuk jer bilik seminar, husaini buat perangai. Dukung sambil berdiri.. duduk di kerusi dia marah.. last-last duduk kat atas carpet

Terpaksa panjangkan leher dan tumpukan setiap apa yg di kata.. dalam masa yang sama melayan karenah husaini.. setengah jam sebelum waktu lunch break, baru husaini mahu main sendiri.. dia jumpa geng dia

Alhamdulillah.. alhirnya dapat juga complete seminar hari itu. Sijil tak dapat. Kena tunggu.. tak mengapa.. yang penting nisha dah dapat ilmu..

Bagaimana rasanya lepas dukung husaini begitu lama? Allah sahaja yang tahu sakitnya macamana.. ambil masa 3 hari baru hilang semua sakit-sakit urat.

 

Sarapan yang sempurna untuk bertenaga sehari!

Alhamdulillah.. baru selesai sarapan pagi.. kebiasaannya memang sarapan pagi akan bawa ke tengahari.. sebab pagi tu dah ke ‘laut’.. hehe.. OT ngan anak-anak gitu lah gayanya. Seriously, bila anda skip sarapan pagi.. anda akan mudah penat, letih, mood ke ‘laut’.. bila time makan tengahari.. makan macam 2 orang makan.. bahaya tu..

Silap hari bulan nak slim terus jadi bam bam.. jangan yea.. bahaya tu

Meh kita balik pada tajuk asal ‘SARAPAN YANG SEMPURNA UNTUK BERTENAGA SEHARI!

Ramai tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Dengan tidak bersarapan, anda mungkin:

-> Tidak dapat memberu tumpuan untuk masa yang panjang

-> Kurang peka

-> Mengambil masa yang lam untuk bertindak balas

-> Kandungan gula dalam darah yang rendah

-> Produktiviti kerja menurun

PhotoGrid_1408403069814

Shaklee menawarkan SET MIGHTY 3 GEMS untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat.

Kebaikannya:

~ bertenaga sepanjang hari

~ Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan

~ Memelihara kesihatan secara menyeluruh

 

 

Dapatkan 1 satu set untuk sarapan pagi anda. Hubungi saya Nisha Razali 018 215 1847

p/s : elok untuk orang yang selalu tak sempat bersarapan dan juga yang ada gastrik. Kalau yang nak dekat nak bersalin, elok gak bawak nie. Biar rasa bertenaga masa dan selepas bertarung dalam labour room.

Penyakit Diabetes ketika Hamil

Pregnancy with GDM atau penyakit diabetes ketika Hamil.

Jom kita baca entri ini. Jangan pandang ringan perkara ini. Ada di antara rakan saya, babynya meninggal dalam perut berpunca dari penyakit ini.

Diabetes adalah keadaan di mana badan tidak dapat mengawal kandungan glukosa dalam darah.

Jenis Diabetes:

-> Diabetes Jenis 1 dikenali sebagai Diabetes Mellitus bersandarkan Insulin (Insulin Dependent Diabetes Mellitus, IDDM). Bagi kes Diabetes Jenis 1, insulin yang dihasilkan oleh sel beta-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung.

-> Diabetes Jenis 2 sebagai Diabetes Melitus tidak bersandarkan Insulin (Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus, NIDDM). Bagi Diabetes Jenis 2, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit Jenis 2 biasanya mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) . Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti.

-> Gestational Diabeted (Diabetes semasa hamil) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

 

Adakah GDM kerap berlaku?diabetisBM_clip_image002_0006

GDM biasanya dikesan selepas minggu ke 24 kehamilan dan berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang di kandung.

 

SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT DIABETES

– Terdapat gula dalam air kencing semasa pemeriksaan rutin

– Berlebihan berat badan

– Mempunyai ibubapa yang mengidap diabetes

– Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat badan lahir melebihi 4kg

– Pernah mengalami keguguran berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat

– Pernah menghadapi diabetes semasa kehamilan lalu

– Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air mentuban berlebihan) pada kandungan

– Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kehamilan

 

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA HAMIL

– Semua ibu hamil akan menjalani ujian darah (MGTT) sekiranya mempunyai salah satu atau lebih faktor risiko

– Mendapat jagaan kehamilan yang rapi oleh anggota kesihatan

– Mematuhi temujanji dan rawatan yang ditetapkan

– Amalkan kebersihan diri

– Ambil pemeriksaan yang disarankan untuk pesakit diabetes

– Pemeriksaan paras glukos berskala di rumah

 

Mengapa diet yang khusus disyorkan?diabetisBM_clip_image002_0007

Diet seimbang yang berkhasiat amat perlu untuk mengekalkan kesihatan ibu yang sihat dan kehamilan yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami GDM, diet yang sempurna dapat memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan secara amnya ia adalah langkah pertama yang dilakukan sebelum menggunakan terapi insulin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pengambilan kalori setiap hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah. Keperluan kalori setiap hari meningkat sebanyak 300 kalori semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Jika pengambilan kalori semasa tidak hamil adalah 1800 kcal sehari dan berat badan kekal, pengambilan kalori sebanyak 2100 kalori setiap hari adalah biasa dari tempoh 14 minggu kehamilan hingga proses kelahiran. Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:

  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji)
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng.

 

Perlukah melakukan senaman?

Aktiviti fizikal sederhana yang kerap dapat mengurangkan risiko disebabkan oleh GDM dengan meningkatkan keberkesanan tindakan insulin dalam sel-sel badan anda, sekali gus mengekalkan paras glukosa darah yang optimal.

Ia juga dapat membantu mencegah keadaan ketidakselesaan semasa hamil seperti sembelit, sakit belakang dan kekejangan otot.

Berjalan, meregangkan badan dan mengangkat pemberat ringan dapat membantu anda mengeluarkan peluh semasa kehamilan.

Bermulalah dengan sesi selama 15 minit sebanyak tiga kali seminggu dan tingkatkan kekerapan dan tempoh bersenam secara beransur-ansur, jika anda berasa selesa dengan senaman itu.

Banyakkan minum air untuk mencegah penyahhidratan dan amalkan langkah berjaga-jaga apabila bersenam semasa hamil. Berat tambahan yang anda tanggung di abdomen akan mengalihkan pusat graviti anda.

Oleh itu, elakkan aktiviti yang dapat membuatkan anda tidak seimbang. Hentikan senaman jika anda mengalami sebarang kesakitan, pening, sesak nafas, berasa hendak pitam, berdebar-debar, sakit belakang atau pelvis, atau mengalami pendarahan faraj.

 

Apakah yang berlaku jika amalan diet dan senaman gagal mengawal paras gula dalam darah?

Bagi sesetengah kes, walaupun anda telah mengamalkan pengawalan diet yang ketat dan menjalani senaman yang teratur, paras glukosa darah anda masih lagi berada di luar paras yang disyorkan.

Pada keadaan sebegini, doktor anda mungkin akan mengesyorkan suntikan insulin. Insulin tidak boleh diberi secara oral kerana ia akan dihadamkan seperti protein di dalam makanan dan menyebabkan kesan terapeutiknya hilang. Ia selamat digunakan semasa hamil dan hanyalah bersifat sementara kerana bagi kebanyakan kes, paras glukosa darah anda akan kembali normal selepas bersalin.

Ia diberi secara suntikan di bawah kulit dengan menggunakan jarum yang sangat halus, oleh itu anda akan merasa kurang selesa sedikit ketika suntikan diberi. Ia selalu dilakukan oleh anda sendiri dan anda akan diajar oleh doktor atau jururawat bagaimana untuk melakukannya. Jumlah insulin yang diperlukan untuk memastikan paras glukosa darah dalam tahap normal akan meningkat mengikut perkembangan kehamilan. Ini tidak bermakna GDM semakin teruk. Uri yang membesar seiring dengan berlanjutnya kehamilan akan menghasilkan paras hormon yang menentang tindakan insulin yang semakin meningkat. Akhirnya anda memerlukan lebih insulin untuk mengatasi kesannya.

 

ANDA PERLU BERSALIN DI HOSPITAL

 

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN
– Mengamalkan kaedah perancang keluarga yang efektif
– Menyusu bayi dengan susu ibu
– Melakukan ujian darah (MGTT) 6 minggu selepas bersalin
– Mengamalkan pemakanan yang seimbang
– Mematuhi temujanji dan rawatan yang ditetapkan
– Berbincanglah dengan anggota kesihatan jika bercadang hamil

 

Meh cuba cara ini pula.

kencing manis semasa hamil

Ini antara produk yang dicadangkan untuk bantu mengawal kencing manis
– ESP : membantu menstabilkan tahap gula dalam darah.
– BCOMPLEX :  Ia membantu  melancarkan metabolisme dan membekalkan asid folik yang sangat penting untuk mngelakkan kecacatan janin. Selain itu,  ia mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga.
– VITALEA : membekalkan zinc yang diperlukan untuk penghasilan insulin.
– OSTEMATRIX : mengandungi magnesium kerana jika tahap magnesium rendah boleh menyumbang kepada masalah diabetes.

Berminat? Boleh dapatkannya dari saya

NISHA RAZALI | SID : 1004211
TEL @ WA @ TELEGRAM : 018 215 1847

 

 

 

sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/kesihatan-reproduktif/diabetes-semasa-hamil

Zikir dan Doa untuk mudah bersalin

Saya kumpulkan zikir dan doa untuk ibu yang nak bersalin.. moga segalanya dipermudahkan.. amiin
Doa ini saya dapat dari blog Sue Qaisara

Ya Dzal Jalaali Wal Ikram  – Yang Maha Memiliki Keagungan dan Kemuliaan

Antara Fadilatnya :
Perempuan  yang ingin agar sentiasa tidak merasa sakit ketika hamil, ucapkanlah dzikir ini sebanyak 11 kali setiap hari, tiupkan ke dalam air kemudian air itu diminum, Insyallah dia tidak akan sakit dan akan senang ketika melahirkan bayi…Insyallah.

Doa-doa ini pula saya dapat dari blog farahana

Dimulai dengan bacaan

bismillah1

 

 

 

1. Surah Al-Fatihah (7 kali)

Surat_Al_Fatihah

 

2. Ya Khafid (1000 kali)

Ya_Khafid

 

 

 

Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

 

3. Al-Abasa : 20

al-abasa_ayat20

 

 

“Kemudian jalannya dimudahkan”

 

4. Al-Anbia’ : 87-89

al-anbia_87

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”

al-anbia_88Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)

 

al-anbia_89 Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”

 

5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat ‘alaihi suuratu maryam, khaffif ‘anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.
Maksudnya: “Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang”

 

6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya”

Untuk tubuh yang sihat dan langsing

Alhamdulillah.. dapat juga tulis 1 post.

Macamana anda hendak mendapat tubuh yang langsing?pitaukur

Jom baca soalan ini di bawah ini dan tanya pada diri anda sendiri untuk dapatkan jawapannya

-> Adakah anda makan makanan yang sihat setiap hari?

-> Adakah anda makan secara tidak teratur?

-> Adakah anda gemar memakan makanan ringan?

-> Adakah anda rasa sukar untuk mengambil makanan yang berkhasiat kerana sentiasa sibuk?

Jika anda mendapat jawapan bagi setiap soalan tersebut dan anda ingin mengubahkannya, ini salah satu dari jawapannya iaitu SET SHAKLEE BODY PERFECTOR

Cinch Shakes ini sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.

Kebaikan Cinch Shakes

-> Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badanCinch Shake Mix
-> Mengandungi serat yang tinggi dengan enam gram bagi setiap hidangan
-> Rendah Indeks glisemik = 22; sesuai untuk pengidap kencing manis di mana membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan memberi tenaga yang konsisten.
-> Mengandungi 24 gram protein untuk setiap hidangan membuatkan anda merasa kenyang
-> Memberi 35% atau lebih Nilai Harian 21 vitamin dan mineral penting
-> Dihasilkan dari soya bebas GMO (Non GMO Soy)
-> Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.

 

Nisha Razali | SID : 1004211

TEL@WA@TELEGRAM : 018 215 1847

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

 

7 panduan untuk memilih supplemen SOY

Bila baca tajuk kat atas tu terkedu sekejap.. rupa-rupanya bukan senang nak memilih dan membuat soya yang berkualiti.. jom kita baca.. apa kriterianya

Ini dia kritetia yang perlu ada.. Macam nak pilih menantu pulak, yea tak?

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian… toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu~ Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol ~ Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone….. up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan~ Soy yang mentah mengandungi “anti-growth”, “anti-tyrosine” substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan~ Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu. ESP - Soy Protein Isolate PowderKebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

sumber: http://www.mamafaiz.com/2011/01/cara-memilih-soy-protein-yg-berkualiti.html

Sekarang terpulang pada anda untuk memilih mana yang terbaik.. tepuk dada tanya selera..

Kalau tanya saya, saya pilih gambar sebelah tu.. ESP (Energy Soy Protein)

Berminat, contact me at this number 018 215 1847

Supplemen asas untuk anda sekeluarga

Alhamdulillah… dapat gak update post.. walaupun PC dok auto shutdown jea.. bergilir-gilir kejap guna handphone.. kejap guna PC.

Sesiapa yang tak pernah ambil apa-apa supplemen dan ingin mencuba, saya cadangkan cuba Set Family Wellness. Ini adalah supplemen asas yang mengandungi nutrisi yang berkhasiat bukan sahaja untuk anda tetapi juga seisi keluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.family wellness

Jom kita lihat satu persatu kebaikan produk SET FAMILY WELNESS

1) ESP
Kebaikannya:
– Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulih dan pelihara rahim kita.
– Untuk wanita yang sedang pregnant: ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi.
– Untuk wanita yang menyusu anak: ESP bantu banyakkan pengeluaran susu.
– Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita.
– Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan pun kurang.
– Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita.
– Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan tona kulit sekata. Nampak berseri gitu. Kelas u.. jimat make up
– Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Nak best lagi, add on performance drink
– Pesakit kencing manis: ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
– Membekalkan tenaga berterusan yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
– Membantu Menghilangkan “Stretch Mark” Sewaktu Mengandung – ESP Shaklee bertindak memperbaharui sel-sel kulit dan menghasilkan kulit baru yang lebih cantik dan tegang.
– memulihkan fungsi prostat lelaki.
– Untuk sesiapa yang ada gastrik : ESP meneutralkan keasidan di dalam perut.

2) VITALEA
Kebaikannya:
– Sebagai penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
– Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia (vitalea mengandungi Iron yang dapat membantu penghasilan sel darah merah, penyebab utama anemia. Ini sangat penting buat ibu mengandung, ibu dalam pantang dan pesakit anemia)
– Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
– Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
– Merupakan elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid (di sebabkan oleh kekurangan iodin dalam badan pesakit. Sebiji vita-lea mengandungi 75 mcg Iodine (as potassium iodide and sea kelp). Jika anda sedang menghidapi, atau diserang beguk, ambil 2 biji Vita-Lea sehari, untuk memperolehi sumber 150 mcg Iodine, ya. Dengan izin Allah)
– Ia juga berperanan melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati
– Mengandungi Beta Carotene yang membantu mengekalkan pertumbuhan badan, mengawalmasalah penglihatan & membantu pembentukan tisu badan.
– Vita-lea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya
– ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan, dengan pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

3) B-COMPLEX
Kebaikannya:
– melancarkan metabolisme
– melancarkan peredaran darah
– mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
– mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
– memulihkan gangguan saraf
– menjaga kesihatan mata dan kulit
– meningkatkan nafsu makan
– memperbaiki system pencernaan serta membantu mengubah makanan menjadi energi
– Berama-sama dengan jenis vitamin B lainnya, vitamin B5 berguna dalam proses pemecahan lemak , protein, karbohidrat menjadi energi.
– untuk pembentukan sel darah merah dan membuat vitamin D
– meningkatkan kekebalan tubuh
– menjaga keseimbangan garam-garam mineral
– membantu sintetis RNA dan DNA
– mencegah kerosakan saraf pada janin

4) SUSTAINED RELEASE VITA-C
Kebaikannya:
– Membentuk Kolagen : Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
– Memperbaiki Simptom Pendarahan : Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
– Peningkatan Sistem Imun : Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
– Memerangi kanser : Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
– Mencantikkan Kulit : Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
– Memperbaiki Insomnia : Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
– Mengekalkan kolestrol sihat : ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Itulah penerangan secara ringkas. Berminat atau ada sebarang pertanyaan, boleh contact @ wassap saya (Nisha) 018 215 1847

3C

Siapa berminat nak dapat 3C?opportunity

Sebelum itu, apa dia 3C?

3C bermaksud:

* Cash

* CAR

* Convention

Bagaimana nak dapat 3C?
Kena daftar jadi Ahli Shaklee.

Terdapat 2 cara untuk DAFTAR AHLI SHAKLEE.
1)  Yuran pendaftaran sebanyak RM75 (WM) dan RM85 (EM) termasuk postage. Dengan membayar yuran tersebut, anda akan memperolehi BUSINESS KIT SHAKLEE yang mengandungi katalog, resit, product guide, sistem bisnes shaklee dan lain – lain.
ATAUPUN
2)  Anda juga boleh mendapat keahlian PERCUMA dengan setiap pembelian sebanyak 200UV (Unit Value). Ini bersamaan dengan pembelian barang RM650 (harga ahli) dan secara automatic akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA. Malah anda juga akan mendapat CASH BONUS

Macamana nak dapat CASH BONUS?
Shaklee menawarkan 2 jenis bonus tunai. Satu melalui jualan dan satu melalui kepimpinan.
1) Bonus tunai akan dibayar apabila anda mencapai minima syarat belian 150 uv @ point iaitu lebih kurang RM470 pembelian dalam satu-satu bulan. Bonus dibayar berdasarkan point belian. Bila ada banyak belian maka banyak bonus yang anda diperolehi.
2) Bonus kepimpinan dibayar sekiranya kita mempunyai sebuah organisasi dan telah melahirkan pemimpin yang efektif.

Adilnya Shaklee ialah, walaupun kita mempunyai organisasi atau group yang besar di bawah pimpinan kita sekiranya kita tidak membuat sebarang jualan, maka tiada sebarang bonus yang diberikan. Seorang downline boleh mendapat bonus lebih besar dari uplinenya sekiranya downline itu bekerja lebih keras dari uplinenya.

Jadi, tiada istilah orang di atas akan sentiasa berada di atas kalau tidak berusaha..  best kan?

Bagaimana nak dapat CAR BONUS?
Sebenarnya Car Bonus yang dimaksudkan ialah bayaran tunai untuk membayar duit bulanan kereta sekiranya kita membeli kereta. Namun sekiranya kita tidak membeli apa2 kereta maka duit itu boleh digunakan untuk kegunaan lain. Bonus ini boleh diperolehi apabila kita layak dan telah melengkapi syarat jualan yang ditetapkan. Yang ini anda kena refer pada upline anda untuk maklumat lebih lanjut

Bagaimana nak dapat Konvensyen/ Insentif?
Sebaik sahaja anda mencapai pangkat Supervisor dan anda telah mula mendapat mata terkumpul untuk Program Konvensyen Shaklee. Destinasi dan kelayakan UV bagi setiap konvensyen berbeza pada setiap tahun. Ini kena rujuk Brosur Konvensyen/insentif untuk keterangan lanjut. Cara untuk maintain UV, anda kena refer pada upline anda untuk maklumat lebih lanjut.

Berminat? Contact me 018 215 1847. I’ll guide and consult you.