Penyusuan susu Ibu (SI)


Bismillahhirrahmannirrahim,

Alhamdulillah.. hampir setahun saya full breastfeed Alhusaini. Masih jauh lagi untuk cukupkan 2 tahun. Bukan senang yea.. banyak cabaran yang kena lalui.bf

Jom kita baca artikel ini. Saya petik artikel ini daripada Sis Farihah. Semoga boleh menjadi pedoman kita bersama.

Untuk berjaya dalam penyusuan… cuba ELAKKAN perkara berikut:

1. Tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak
Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten (dan kerap) akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.

2. Pengambilan minuman bergas dan berais
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.

3. Pengambilan minuman berkafien
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi…namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja…ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.

4. Pengambilan supplement khas untuk diet
Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan  harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!

ibu menyusu5. Merungut setiap masa
Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.

*Sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun pam cuma dapat 1-2 oz sahaja, tapi sentiasa ucapkan Alhamdulillah tanda syukur di atas nikmatNya. Sekurang-kurangnya kita masih dapat memberikan susu kita kepada si kecil, walaupun kais pagi minum pagi, kais petang minum petang..

Nisha Razali

SID : 1004211 | TEL @ WA : 018 215 1847 | zubainishah@gmail.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s