Katakan TIDAK pada pelampung


Bismillahhirrahmannirrahim..

Pelampung??? Bukan nak gi berenang saja kena bawak pelampung. Orang yang kena BUASIR pun ada guna pelampung. Kegunaanya nak bagi rasa selesa bila duduk.. sebab duburnya rasa sakit bila kena pada permukaan kerusi atau apa saja.

Meh baca artikel mengenai buasir. Saya ambil point2 yang penting sahaja. Anda boleh klik disini untuk artikel sepenuhnya.

Apa itu buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia meng­ganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.

Penyebab lazim buasir ialah tidak cukup minum air dan pengambilan makanan yang kurang serat.

Selain itu, terlalu kerap mengangkat barangan berat juga menyebabkan individu berkenaan berisiko tinggi untuk mengalami buasir kerana tekanan dialami di bahagian dubur apabila melakukannya amat tinggi.

“Amalan duduk terlalu lama ketika membuang air besar juga tidak digalakkan dan kebiasaannya individu berkenaan berkemungkinan me­ngalami masalah buasir tahap tiga atau empat untuk jangka masa lama tanpa sebarang rawatan khusus.

“Jangan tahan atau bertang­guh-tangguh untuk buang air besar. Apabila ‘keinginan’ itu datang, segeralah menyahut ‘panggilan’ itu,” katanya.

Ada empat peringkat buasir yang perlu diberi perhatian:

~~ Peringkat pertama membabitkan buasir yang mengalami pendarahan, tetapi ia tidak menonjol keluar.

~~ Peringkat kedua berlaku apabila buasir menonjol keluar ketika buang air besar, tetapi masuk kembali dengan sendirinya.

~~ Peringkat ketiga buasir keluar ketika atau selepas buang air besar dan hanya hilang (masuk kembali) apabila ditekan atau ditolak dari luar.

~~ Peringkat keempat (kronik) apabila buasir sentiasa berada di luar hingga menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian.

“Untuk peringkat paling kronik mungkin pembedahan adalah pilihan terbaik, tetapi kini ada banyak cara boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan ketika ‘menghilangkan’ buasir serta mempercepatkan penyembuhan.

“Buasir mengambil masa yang lama untuk berkembang namun, gejalanya berbeza bergantung kepada peringkat ia berlaku,” katanya.

Rawatan

Antara proses rawatan yang boleh dilakukan ialah:

==> Untuk peringkat awal pemberian ubat melembutkan najis menjadi pilihan.

==> Lingkaran getah (rubber band ligation) bagi peringkat ketiga dan keempat – Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, rawatan standard boleh dijalankan iaitu mengikat de­ngan lingkaran getah (rubber band ligation).

Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman saja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan.

==> Ligasi Arteri Hemoroid (Haemorrhoidal Artery Ligation) – Kaedah ini menggunakan alat yang dikenali sebagai ultrabunyi Doppler bagi mengikat atau jahit saluran darah untuk mengurangkan tekanan pada bahagian berkenaan. Alat ini akan dimasukkan ke dalam dubur dan prosesnya membabitkan bahagian dalam anus yang kurang sensitif.

==> Menggunakan laser – Jarum laser akan dimasukkan dalam buasir yang terkeluar dan proses ini menyebab­kannya mengecut. Buasir mengambil masa dua hingga empat minggu untuk kecut sepenuhnya.

Ini adalah diantara cadangan supplement yang disarankan untuk membantu masalah buasir.

OSTEMATRIX : membantu untuk mengurangkan sembelit
OMEGA GUARD : bahagian dubur kan ada otot, jadinya omega boleh kecutkan buasir
ZINC COMPLEX : pulihkan luka akibat buasir

ADD ON (jika ada budget)
ESP : baik untuk perut

 

Berminat, hubungi saya

Nisha Razali
SID : 1004211 | TEL @ WA : 0182151847 | zubainishah@gmail.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s