OH TIDAK.. MATAKU !!!

Bismillahhirrahmannirrahim..

Jika anda nak mata terang, klik kat gambar ini. Baca sampai habis.

mataku

Berminat?, contact saya

NISHA RAZALI

SID : 1004211 | TEL @ WA : 018 215 1847 | zubainishah@gmail.com

 

Advertisements

PANAS!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.. Cuaca agak panas sejak kebelakangan ini. Berhati-hati dengan Stroke Haba. Jom baca sedikit sedutan tentang Stroke Haba. Artikel sepenuhnya klik

Cuaca panas yang keterlaluan ini boleh menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi sekiranya seseorang kurang meminum banyak air.

Dehidrasi berlaku apabila tubuh kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya dari tubuh.

Secara umum, individu yang sihat akan kehilangan cecair tubuh melalui proses berpeluh, menangis, membuang air kecil dan besar.

Bagaimanapun, kehilangan air dalam bentuk ini masih boleh diganti dengan mengamalkan meminum air atau mengambil makanan seperti buah-buahan.

Menurut Dr. Amran, ramai beranggapan pembuangan toksin seperti yang difahami oleh sebahagian besar masyarakat dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan yang dikenali sebagai supplement detoxification.

“Ramai yang tidak memahami bahawa hanya sebahagian sahaja daripada makanan tambahan yang dimakan akan diserap ke dalam tubuh, manakala sebahagian yang lain akan disingkirkan,” ujarnya.

Tambahnya, penyingkiran toksin dari tubuh ini bergantung pada jenis makanan tambahan tersebut.

Dr. Amran menjelaskan, toksik dalam tubuh ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah pemakanan, persekitaran dan minuman.

Beliau menambah, tidak ramai yang menyedari bahawa kekuatan asas sistem pertahanan tubuh bermula dari usus.

“Sistem pertahanan tubuh boleh terjejas sekiranya usus menghadapi pelbagai masalah,” katanya.

Justeru, untuk memastikan sama ada usus kita benar-benar sihat, ia boleh diukur daripada tabiat membuang air besar.

Mereka yang menghadapi masalah sembelit kemungkinan tergolong dalam kumpulan yang kurang mengambil air sejajar dengan keperluan tubuh.

Tambah Dr. Amran, bagi mengatasi masalah seumpama ini selain perlu minum banyak air mereka juga perlu mengambil serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.”Tabiat meminum banyak air dan amalan mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi dapat membantu meningkatkan tahap kelembapan usus di samping mengumuhkan bahan-bahan toksin yang tersimpan dalam usus,” katanya.Antara gejala yang dapat dilihat jika seseorang menghadapi masalah usus ialah:a. Tubuh rasa lemahb. Tidak bersemangatc. Mudah mengalami alahand. Sistem pertahanan tubuh lemah

Punca dehidrasi

– Cirit birit

– Muntah-muntah

– Demam

Diabetes

– Ubat-ubat diuretik

– Kencing tawar

– Kepanasan yang keterlaluan

Ia merupakan satu keadaan di mana suhu tubuh meningkat hingga ke paras yang terlalu tinggi akibat cuaca panas dan badan tidak berupaya untuk menyejukkannya semula.

Sekiranya suhu tubuh meningkat hingga ke tahap kepanasan yang tinggi, ia boleh menyebabkan individu terbabit koma atau meninggal dunia.

Sehubungan itu, ia perlu dirawat dalam jangka masa 24 jam.

Seseorang yang mengalami masalah kepanasan yang keterlaluan ini boleh dikenal pasti melalui gejala-gejala seperti:

a. Tubuh terlalu lemah

b. Pening kepala

c. Rasa hendak muntah

d. Pucat

e. Tangan dan kaki menjadi sejuk

Jenis-jenis dehidrasi

Dehidrasi yang sedikit. Seseorang akan mengalami haus, bibir dan mulut kering serta boleh mendapat ulser.

Dehidrasi sederhana. Mulut dan membran bahagian dalamnya menjadi terlalu kering, kulit menjadi kurang elastik apabila dicubit.

Sesetengah kanak-kanak yang mengalami dehidrasi mengalami masalah jangkitan, muntah-muntah, mata cengkung atau terbenam dan bahagian atas kepala terbenam.

Dehidrasi yang serius. Gejalanya tidak banyak beza dengan dehidrasi pada tahap sederhana. Bagaimanapun, gejala-gejala yang dialami memerlukan rawatan segera seperti:

a. Denyutan nadi menjadi lemah

b. Mengalami renjatan

c. Pernafasan menjadi laju

d. Keletihan yang amat sangat

e. Kekeliruan

Dalam keadaan begini, individu terbabit terutama kanak-kanak memerlukan rawatan kecemasan dan perlu dibawa ke hospital segera untuk diberi melalui intravena.

Warga tua merupakan golongan yang paling kerap mengalami dehidrasi peringkat sederhana dan serius.

Rawatan

Individu yang dikenal pasti mengalami masalah ini memerlukan rawatan segera dengan melakukan langkah-langkah seperti:

– Membawa individu terbabit ke tempat teduh atau bilik yang sejuk

– Letakkan pesakit dalam keadaan berbaring

– Longgarkan pakaian sekiranya pakaian yang dipakai agak ketat supaya ada aliran udara

– Lapkan tubuh dan kepala individu tersebut dengan air sejuk

– Berikan individu tersebut air garam galian. Jika individu tersebut tidak boleh minum, air garam tersebut perlu dimasukkan melalui intravena.

Pencegahan

– Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama

– Minum air kosong yang banyak

– Elakkan memakai pakaian yang ketat atau warna gelap terutama ketika cuaca panas

– Pakai topi bagi melindungi kepala daripada cuaca panas atau menggunakan payung

– Elakkan minum minuman keras

– Kurangkan aktiviti-aktiviti fizikal di luar rumah

– Sekiranya ingin memandu, jangan terus masuk ke dalam

kereta jika kereta terjemur lama di bawah cahaya matahari

Jenis-jenis kepanasan haba

– Kekejangan haba

– Kekurangan air boleh menyebabkan seseorang mengalami kekejangan pada betis

– Kelesuan haba

– Suhu tubuh meningkat begitu tinggi

– Strok haba. Kategori ini yang memerlukan rawatan kecemasan segera dan tidak seharusnya dipandang ringan.

Anda boleh juga minum minuman isotonik dari produk shaklee iaitu Performance Drink yang tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Ia sangat sesuai untuk
– para atlet
– mereka yang berpuasa
– fasting therapy
– keletihan
– cirit birit
– wanita yang sedang menyusukan anak
– wanita yang sedang mengandung
– yang nak rasa demam
– dan sebagainya
Yang penting, NO SUGAR and NO GAS
pd1

 

Berminat nak dapatkan PERFORMANCE DRINK, contact me

NISHA RAZALI

SID : 1004211 | TEL @ WA : 018 215 1847 | zubainishah@gmail.com

MEROYAN??

Bismillahhirahmannirrahim.. hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai meroyan.

Bagaimana hendak mengenali orang meroyan? Antara tanda-tanda orang kena meroyan:

  • terlalu lesu
  • tidak boleh tidur malam
  • sedih keterlaluan
  • murung
  • menangis tanpa sebab
  • tiada kegembiraan
  • hilang tumpuan
  • rasa gelisah
  • hilang selera
  • berasa diri tidak berharga

Jom baca baca artikel di bawah ini .. artikel sepenuhnya boleh klik disini

Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.

Pendapat terkini mengatakan penyakit gila meroyan postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita selepas bersalin.

Sebenarnya tiada kaitan yang kukuh antara cara berpantang mengikut orang tua dan risiko untuk mendapat meroyan. Mungkin elok untuk saya kongsi pengalaman daripada kajian kami 10 tahun lepas di Kelantan terhadap wanita yang hamil dan dalam masa berpantang.

Daripada kajian kami ada sedikit sebanyak kesan positif bagi ibu-ibu muda yang mengamalkan urutan selepas bersalin dan bertungku semasa dalam pantang kerana ia dapat mengurangkan risiko kemurungan. Kajian tersebut turut mendapati ibu muda berpeluang berbual-bual sambil meluahkan perasaan semasa menjalani prosedur tersebut yang pada kebiasaannya berlangsung selama dua jam sehari dalam jangka masa dua minggu pertama selepas bersalin. Perbualan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan stres yang dialami oleh ibu muda tersebut.

Gangguan perasaan

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakannya hanya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan. Bagaimanapun, dalam segelintir 10 peratus wanita, gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan.

Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada tiga peringkat mengikut tahap keterukannya iaitu postpartum blues, postpartum depression dan postpartum psychosis (gila meroyan). Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Perubahan emosi ini memuncak pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Ia akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali kepada sediakala. Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza. Ibu-ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah merasa penat dan keletihan.

Kemurungan

Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan pakar. Ia lebih teruk dan mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Ia boleh berlaku satu dalam setiap lapan (1:8) ibu yang melahirkan anak atau 10 peratus hingga 20 peratus daripada ibu yang mengandung. Ia lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak. Malah ia boleh juga berlaku selepas keguguran atau kematian bayi dalam kandungan. Ibu-ibu yang menghidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada postpartum blues.

Psikosis

Psikosis selepas bersalin atau postpartum psychosis juga di panggil gila meroyan merupakan peringkat paling teruk yang jarang berlaku selepas bersalin. Ia berbeza daripada masalah psikosis yang biasa berlaku kepada masyarakat umum kerana kaitannya dengan proses bersalin, manifestasi yang lebih mirip masalah emosi dan prognosisnya adalah lebih baik.

Dalam kalangan 1,000 ibu yang melahirkan anak, satu hingga dua orang (1- 2: 1000) boleh diserang psikosis selepas bersalin. Ia biasanya bermula tiga hingga lima hari selepas bersalin dan dua pertiga daripada pesakit mendapat psikosis dalam dua minggu pertama selepas kelahiran.

Gejala psikosis selepas bersalin boleh berlaku sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin. Ia bermula dengan gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang. Mereka tidak dapat cukup tidur walaupun bayi tidur lena. Mereka sering merasa keletihan. Kemudiannya, ibu yang menghidap psikosis selepas bersalin ini akan mengalami emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah. Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. Psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras. Separuh daripada mereka mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.

Ada kalangan pesakit yang beranggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anak mereka, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya. Satu perempat daripada mereka (25 peratus) mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan mereka, menyuruh pesakit membunuh bayi dan sebagainya.

Terdapat ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi infanticide mereka sendiri. Kadar bunuh diri dalam kalangan ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin juga adalah tinggi.

Panduan

Bagi mengurangkan masalah tersebut, pelajarilah tanggungjawab sebagai ibubapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.

Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika merasa tertekan. Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah.

Rehat yang cukup juga adalah penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang. Beri masa untuk diri anda sendiri. Pengambilan diet dan pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas.

Saya terbaca dari website edaransalindah dan saya setuju dengan petikan ayat ini
“Suami harus bersedia memikul tanggungjawab. Turunlah ke dapur menyediakan makanan untuk isteri. Dalam keadaan hidup sekarang, tidak ramai ibu boleh datang menemankan anak mereka sepanjang tempoh berpantang. Sebagai persedian, belajar ilmu keibubapaan.
“Suami juga perlu faham perubahan yang berlaku pada isteri. Jika berkemampuan, dapatkan pembantu untuk menjaga anak supaya isteri boleh berehat dan menenangkan fikiran. Mempelajari kaedah menangani tekanan juga boleh membanu masalah ini”

Dalam SET BERPANTANG SHAKLEE, ada BCOMPLEX. Salah satu manafaat makan BCOMPLEX adalah ia dapat menstabil emosi.

Berminat dengan SET BERPANTANG, boleh contact saya

Nisha Razali (SID : 1004211)

(TEL @ WA : 018 215 1847)

 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

G6PD!!

Bismillahhirrahmannirrahim,

Hari ini saya nak kongsi dengan anda mengenai G6PD. Jom kita baca artikel ini. Sumber dari MyHealth

Apa itu G6PD?

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosa

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Gejala/Tanda-tanda

fototerapi

Gambar 1 : Bayi yang menjalani rawatan fototerapi

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada

Akibat daripada hemolisis

  • jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.

Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan

kacang parang

Gambar 2 : Kacang Parang

Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1).

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis

Makanan dan herba yang perlu dielakkan
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
    • Chuen Lin
    • San Chi
    • 13 herbs
    • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

Bahan lain yang mesti dielakkan

  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Ubat yang mesti dielakkan

  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim
  • Paracetamol
  • Ascorbic acid
  • Aspirin
  • Chloramphenicol
  • Chloroquine
  • Colchicine
  • Diphenhydramine
  • Isoniazid
  • Phenacetin
  • Phenylbutazone
  • Phenytoin
  • Probenecid
  • Procainamide
  • Pyrimethamine
  • Quinidine
  • Streptomycin
  • Sulfisoxazole
  • Trimethoprim
  • Tripelennamine
  • Vitamin K
  • Mefloquine

 

Berikut adalah cadangan supplement bagi ibu yang menyusukan bayi G6PDibu nyusu anak G6PD

Vitalea
Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.

Vita C
menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Ostematrix
alternatif sebagai milk booster

Bcomplex
Untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu.

Jika ada sebarang pertanyaan atau pembelian , boleh contact saya seperti biasa

NISHA RAZALI
SID : 1004211 | TEL@WA : 018 215 1847 | zubainishah@gmail.com

Kombinasi untuk PENYUSUAN

Bismillahhirrahmannirrahim,

Susu ibu ialah makanan paling sempurna untuk bayi. Ia mengandungi semua khasiat pemakanan  yang diperlukan oleh bayi seperti vitamin, garam galian, protein, lemak dan laktosa.susuibu

Pemakanan yang sesuai dan seimbang adalah penting bagi ibu yang memberikan anak mereka susu badan, kerana apa yang di makan oleh ibu akan diserap juga oleh si kecil.

Ada segelintir ibu yang menyusukan, tetapi bayinya nampak pucat & sangat kurus . Ini terjadi kerana pemakanan si ibu tidak seimbang atau zat-zat makanan ibu tidak dapat diserap dengan betul lantas mempengaruhi kualiti susu ibu. Kuantitinya mungkin banyak, tapi kualitinya kurang.

Jika anda terlalu sibuk untuk memastikan diet seharian dan seimbang, anda boleh mengambil supplemen sebagai alternatif. Saya sendiri mengamal Set Penyusuan 3M walaupun saya surirumah sepenuh masa.

Meh saya share set penyusuan mengikut budget anda. Jika anda ingin lain dari ini, boleh contact saya.

Set 3M (Breastfeeding Optimum)  & SET BREASTFEEDING PLATINUM

Siapa yang perlu ambil set ini? Set ini digalakkan kepada :

~ ibu yang ada masalah penyusuan

~ si ibu yang nak mula menyimpan stok

~ si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam

~ ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

SET 3M (BREASTFEEDING OPTIMUM)
Vitamin C                       180 biji  —>Tahan 6 bulan
B complex                      120 biji  —>Tahan 4 bulan
Vitalea/ multivitamin      120 biji  —>Tahan 4 bulan
Alfalfa                            330 biji  —>Tahan 1-5 bulan
ESP                                   850g  —>Tahan 1.5-2 bulan
Ostematrix                     120 biji  —>Tahan 1 bulan

HARGA : RMxxx.xx

 

BREASTFEEDING PLATINUM = Set 3M (BREASTFEEDING OPTIMUM) + Performance Drink
Vitamin C                       180 biji  —>Tahan 6 bulan
B complex                      120 biji  —>Tahan 4 bulan
Vitalea/ multivitamin      120 biji  —>Tahan 4 bulan
Alfalfa                            330 biji  —>Tahan 1-5 bulan
ESP                                   850g  —>Tahan 1.5-2 bulan
Ostematrix                     120 biji  —>Tahan 1 bulan
Performance Drink            539g  —>Tahan 1.5-2 bulan

HARGA : RMxxx.xx

SET E
Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

Vitamin C                       180 biji  —>Tahan 6 bulan
B complex                      120 biji  —>Tahan 4 bulan
Vitalea/ multivitamin      120 biji  —>Tahan 4 bulan
Alfalfa                             330 biji  —>Tahan 1-5 bulan
Ostematrix                     120 biji  —>Tahan 1 bulan

HARGA : RMxxx.xx

Set B
Untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata.

Vitamin C                       180 biji  —>Tahan 6 bulan
B complex                      120 biji  —>Tahan 4 bulan
Vitalea/ multivitamin      120 biji  —>Tahan 4 bulan
Alfalfa                            330 biji  —>Tahan 1-5 bulan

HARGA : RMxxx.xx  

SET Eu-four- Pack
Set ini diberi nama sebagai ” Eu – Four Pack “. Ini kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh. Apa yang menarik dengan Eu-Four Pack ini? Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur

Vitamin C                       180 biji  —>Tahan 6 bulan
B complex                      120 biji  —>Tahan 4 bulan
Vitalea/ multivitamin      120 biji  —>Tahan 4 bulan
Ostematrix                     120 biji  —>Tahan 1 bulan

HARGA : RMxxx

Set B + Energizing Soy Protein (ESP)
ESP sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Vitamin C                       180 biji  —>Tahan 6 bulan
B complex                      120 biji  —>Tahan 4 bulan
Vitalea/ multivitamin      120 biji  —>Tahan 4 bulan
Alfafa                             330 biji  —>Tahan 1-5 bulan
ESP                                   850g  —>Tahan 1.5-2 bulan

HARGA : RMxxx.xx

NISHA RAZALI
SID : 1004211 | TEL@WA : 018 215 1847 | zubainishah@gmail.com

Bagaimana Cara Handle EBM

Bismillahhirrahmannirrahim,

Saya rasa ramai yang dah tahu atau ramai yang masih mencari cara yang betul untuk mengendali EBM. Kalau kita tengok nampak macam mudah tetapi jika kita salah handle semua hancus terutama susu yang kita pump tu. Meh kita baca dan perbaiki mana yang salah 😀

EBM = Expressed Breast Milk

Saya ambil info ini dari FB Kump. Ibu Menyusukan. Jangan lupa print bagi kat nursery, tampal kat peti ais, bagi kat husband yea

 

EBM

ebm2

Nanti saya update lagi mengenai EBM.. sabar yea.

 

Salam Sayang dari saya,

Nisha

Penyusuan susu Ibu (SI)

Bismillahhirrahmannirrahim,

Alhamdulillah.. hampir setahun saya full breastfeed Alhusaini. Masih jauh lagi untuk cukupkan 2 tahun. Bukan senang yea.. banyak cabaran yang kena lalui.bf

Jom kita baca artikel ini. Saya petik artikel ini daripada Sis Farihah. Semoga boleh menjadi pedoman kita bersama.

Untuk berjaya dalam penyusuan… cuba ELAKKAN perkara berikut:

1. Tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak
Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten (dan kerap) akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.

2. Pengambilan minuman bergas dan berais
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.

3. Pengambilan minuman berkafien
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi…namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja…ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.

4. Pengambilan supplement khas untuk diet
Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan  harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!

ibu menyusu5. Merungut setiap masa
Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.

*Sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun pam cuma dapat 1-2 oz sahaja, tapi sentiasa ucapkan Alhamdulillah tanda syukur di atas nikmatNya. Sekurang-kurangnya kita masih dapat memberikan susu kita kepada si kecil, walaupun kais pagi minum pagi, kais petang minum petang..

Nisha Razali

SID : 1004211 | TEL @ WA : 018 215 1847 | zubainishah@gmail.com

Kenapa OsteMatrix Shaklee?

Bismillahhirrahmannirrahim,

Saya ambil beberapa keratan penting dari artikel Menjaga tulang sihat. Klik disini untuk baca artikel sepenuhnya.

Ramai mengetahui kalsium dan vitamin D sangat penting untuk pembinaan tulang yang kuat. Tetapi kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa kita kehilangan kalsium setiap hari apabila berpeluh atau pergi ke tandas.

Bagaimanapun, badan tidak dapat menghasilkan kalsium. Justeru, penting bagi kita membekalkan nutrisi kepada tulang.

Antara sumber baik kalsium ialah makanan daripada kalsium tinggi seperti susu dan hasil tenusu, beberapa jenis sayur-sayuran hijau dan ikan.

Hasil tenusu ialah susu rendah lemak yang mengandungi kalsium tinggi seperti Anlene, yogurt dan keju.

Sekiranya anda suka jenis makanan ini, ia antara cara mudah memperoleh kalsium yang mencukupi untuk kesihatan tulang.

Penting untuk mendapatkan kalsium yang secukupnya daripada makanan yang anda makan. Apabila makanan tidak mengandungi kalsium secukupnya untuk keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang anda.

Ikan sardin dan salmon (dengan tulang) dalam tin adalah antara cara yang baik untuk mendapatkan kalsium. Anda juga boleh mendapat kalsium dengan mengambil udang dalam tin.

Selain itu, ikan berlemak seperti salmon, kembung, tuna dan sardin juga adalah sumber untuk mendapatkan vitamin D.

Beberapa kajian mengaitkan pengambilan buah dan sayur yang banyak dapat memberikan kesihatan kepada tulang mereka dengan lebih baik.

Disebabkan sumber buah dan sayur menggalakkan tulang yang sihat masih belum jelas, sesetengah saintis percaya ia sebenarnya mengandungi nutrien tertentu yang penting untuk tulang.

Bagi membantu mengekalkan kesihatan tulang, kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan mengandungi kafein. Pengambilan minuman beralkohol yang banyak boleh mengakibatkan kehilangan jisim tulang.

Mereka yang minum terlalu banyak alkohol tidak mendapat kalsium secukupnya dan kemungkinan akan mengurangkan bekalan kalsium dalam badan.

Kopi dan teh juga mengandungi kafein. Kafein akan mengurangkan sedikit penyerapan kalsium. Justeru, pengambilannya lebih daripada tiga cawan kopi setiap hari boleh membahayakan kesihatan tulang.

Sekiranya anda gemar minum kopi dan teh, cara untuk membantu menggantikan semula kehilangan kalsium adalah dengan mendapatkan kalsium secukupnya daripada sumber terbaik bagi memenuhi keperluan badan.

OsteMatrix1

 Jika anda sedang mencari supplement calcium, pastikan ia mengandungi magnesium! Kenapa?
==> Magnesium bantu menyerap calcium dan mengekalkannya di dalam tubuh
==> Magnesium bertindak dengan baik bersama calcium utk membina matrix tulang anda yg kuat dan kukuh (utk mengelakkan kerapuhan)
==> Magnesium dan calcium bergabung membantu mengatasi masalah insomnia, ia memberikan anda tidur yang lena

Jangan lupa, lengkapilah calcium supplement anda dengan vitamin D! Kenapa?

==> Vit D memaksimakan penyerapan calcium didalam tubuh

Carilah calcium supplement dari sumber calcium citrate kerana kadar penyerapan kedalam tubuh lebih tinggi!!
Jadi, kesimpulannya…semuanya terdapat didalam Shaklee Ostematrix!

Nota dari Master Iffah Anuar

 

Masih lagi TUNGGU? Jangan terlambat bertindak

Contact saya for order atau consultation

Nisha Razali (SID : 1004211)
TEL @ WA : 018 215 1847 | zubainishah@gmail.com

Gigi ku Dah Hilang!!

Bismillahhirrahmannirrahim

Sesiapa yang mengalami kerosakkan gigi..rasa sakit pinggang..sendi..lenguh-lenguh.. BEWARE..anda mungkin sedang menggunakan kalsium simpanan hari tua anda atau ada tak sesiapa kehilangan gigi atau tulang mula berbunyi krik krukk.. sebelum waktunya.. BEWARE

p/s: salah seorang adalah saya sendiri. Bila senyum dah tak cantik. Gigi ku dah hilang 3 batang.. huhu

testimonial ostematrix