Penjagaan Kulit Muka


Bismillahhirrahmannirrahim..

Teringat masa rajin dulu, saya suka basuh muka dengan air beras. Nak bagi muka nie nampak bersih. Ada beberapa petua lain untuk penjagaan kulit muka nie. Jom kita semak. Yang mana sesuai boleh kita amalkan.. yea tak?

Jerawat Batu
1. Anda ambil segenggam pucuk mengkudu dan bersihkannya.
2. Kemudian, tumbuk pucuk mengkudu tu sampai lumat.
3. Bila dah lumat, anda campurkannya dengan minyak zaitun dan sedikit garam.
4. Gaulkan bahan-bahan tersebut hingga rata.
5. Sekarang, anda picitlah jerawat tu untuk keluarkan nanah. Pastikan anda gunakan hujung jari tau, dan elakkan daripada terkena kuku.
6. Bila dah selesai picit semua jerawat di muka, basuh muka dengan air suam dan lap dengan kain lembut.
7. Baiklah, sekarang anda letakkan bahan-bahan yang telah digaulkan tadi (pucuk mengkudu, minyak zaitun dan sedikit garam) kat tempat jerawat yang telah dipicit.
8. Biarkan ia meresap kat situ lebih kurang dalam jangka masa 5 minit.
9. Sebagai langkah terakhir, cucilah muka anda sekali lagi.
Amalkanlah petua ini sehingga jerawat anda tu sembuh

Kulit kasar dan parut hitam
1. Memula, anda parut dulu timun tu.
2. Kemudian, perah timun tadi untuk mendapatkan airnya.
3. Lepas tu, gunakanlah air perahan timun tu untuk mencuci muka anda sebelum tidur.

Jerawat dan jeragat
1. Ambil beberapa helai daun pokok tea dan bersihkannya terlebih dulu.
2. Kemudian, gosokkan daun pokok tea tadi pada kawasan jerawat di muka anda dengan lembut.

Kulit Cerah
1. Ambil 4 hingga 5 helai pucuk jambu dan bersihkannya.
2. Tumbuk ia sampai hancur dan campurkan dengan sedikit air bersih.
3. Kemudian, sapu serta gosokkan secara perlahan-lahan bahan tadi ke muka anda.
4. Lakukan langkah no.3 sekurang-kurang dalam 5 minit.
5. Selepas itu, cucilah muka anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala lembut.
Jadikan proses di atas sebagai amalan untuk memutihkan kulit wajah anda.

Petua-petua di atas tu saya dapat dari laman web petua nenek http://kesihatanonline.tumblr.com/

Sejak sibuk dengan kerja dan urus rumahtangga nie, nak buat petua yang kat atas tu memang tak sempat.

So, saya cadangkan bagi yang tak rajin atau sering terlupa nak buat petua tu boleh ambil 3 jenis vitamin ini
Vitamin C – perlu untuk pembentukan kolagen
Vitamin E – membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit, menghilangkan parut
ESP a.k.a Protin – mengurangkan kesan hitam akibat jeragat  dan membantu penghasilan sel baru untuk menggantikan sel mati (memang terbaik.. non GMO lagi.. kalau ada extra budget.. sila amik Collagen Powder Shaklee.. haaa yang tu memang mantap)

Ini hanya cadangan. Anda kena ikut budget anda.

Nak order atau sebarang pertanyaan, hubungi saya seperti biasa

Nisha Razali
SID :1004211 | TEL @ WA : 018 2151 847

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s