Penjagaan Kulit Muka

Bismillahhirrahmannirrahim..

Teringat masa rajin dulu, saya suka basuh muka dengan air beras. Nak bagi muka nie nampak bersih. Ada beberapa petua lain untuk penjagaan kulit muka nie. Jom kita semak. Yang mana sesuai boleh kita amalkan.. yea tak?

Jerawat Batu
1. Anda ambil segenggam pucuk mengkudu dan bersihkannya.
2. Kemudian, tumbuk pucuk mengkudu tu sampai lumat.
3. Bila dah lumat, anda campurkannya dengan minyak zaitun dan sedikit garam.
4. Gaulkan bahan-bahan tersebut hingga rata.
5. Sekarang, anda picitlah jerawat tu untuk keluarkan nanah. Pastikan anda gunakan hujung jari tau, dan elakkan daripada terkena kuku.
6. Bila dah selesai picit semua jerawat di muka, basuh muka dengan air suam dan lap dengan kain lembut.
7. Baiklah, sekarang anda letakkan bahan-bahan yang telah digaulkan tadi (pucuk mengkudu, minyak zaitun dan sedikit garam) kat tempat jerawat yang telah dipicit.
8. Biarkan ia meresap kat situ lebih kurang dalam jangka masa 5 minit.
9. Sebagai langkah terakhir, cucilah muka anda sekali lagi.
Amalkanlah petua ini sehingga jerawat anda tu sembuh

Kulit kasar dan parut hitam
1. Memula, anda parut dulu timun tu.
2. Kemudian, perah timun tadi untuk mendapatkan airnya.
3. Lepas tu, gunakanlah air perahan timun tu untuk mencuci muka anda sebelum tidur.

Jerawat dan jeragat
1. Ambil beberapa helai daun pokok tea dan bersihkannya terlebih dulu.
2. Kemudian, gosokkan daun pokok tea tadi pada kawasan jerawat di muka anda dengan lembut.

Kulit Cerah
1. Ambil 4 hingga 5 helai pucuk jambu dan bersihkannya.
2. Tumbuk ia sampai hancur dan campurkan dengan sedikit air bersih.
3. Kemudian, sapu serta gosokkan secara perlahan-lahan bahan tadi ke muka anda.
4. Lakukan langkah no.3 sekurang-kurang dalam 5 minit.
5. Selepas itu, cucilah muka anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala lembut.
Jadikan proses di atas sebagai amalan untuk memutihkan kulit wajah anda.

Petua-petua di atas tu saya dapat dari laman web petua nenek http://kesihatanonline.tumblr.com/

Sejak sibuk dengan kerja dan urus rumahtangga nie, nak buat petua yang kat atas tu memang tak sempat.

So, saya cadangkan bagi yang tak rajin atau sering terlupa nak buat petua tu boleh ambil 3 jenis vitamin ini
Vitamin C – perlu untuk pembentukan kolagen
Vitamin E – membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit, menghilangkan parut
ESP a.k.a Protin – mengurangkan kesan hitam akibat jeragat  dan membantu penghasilan sel baru untuk menggantikan sel mati (memang terbaik.. non GMO lagi.. kalau ada extra budget.. sila amik Collagen Powder Shaklee.. haaa yang tu memang mantap)

Ini hanya cadangan. Anda kena ikut budget anda.

Nak order atau sebarang pertanyaan, hubungi saya seperti biasa

Nisha Razali
SID :1004211 | TEL @ WA : 018 2151 847

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Advertisements

Tiada Lagi Kejang!! Tiada lagi sembelit!!

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah.. Dah lama tak kena kejang. Kalau tidak, kena tahap berguling-guling. Teramat sakit. Silap hari bulan, orang yang tolong kita nak release kan rasa kejang tu kena marah kalau tak kena gayanya.

Buang air besar pun tidak ada masalah. Saya nie ada buasir. Tak elok orang ada buasir nie meneran ketika buang air besar. Takut terkeluar buasir tu nanti.

Apa yang saya amalkan? Saya pastikan makan ostematrix secara konsistent dan minum air kosong dengan banyak.

Ostematrix tu kalsium. Ia bukan sahaja mengandungi kalsium saja tapi juga ada mengandungi magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

Kenapa tak minum susu tepung? Saya nie suka jenis mudah. Tak nak menyusahkan diri sendiri atau orang. Lagipun, saya masih lagi menyusukan anak yang no5 berusia 11 bulan dan untuk curi masa nak bancuh susu memang tak sempat dan adakala lupa dek sibuk uruskan anak-anak.

susu

oksitosin

Dan lagi satu, kalau saya terbancuh susu tepung tu dengan air panas, habislah khasiat susu tu. Kalau bancuh tak kena gaya kang, tak terminum. Ini lah jalan yang saya pilih. Telan ostematrix.. Senang cerita 😀

Saya juga baru dapat tahu yang ostematrix nie juga membantu memperbanyakkan susu.

Bila kita stress dan badan rasa penat, letih tak bermaya, bagaimana produksi susu? Meningkat atau mula merundum?

Bagaimana pula jika badan kita rasa segar, kurang stress, tiada kemurungan, bagaimana produksi susu? Merundum atau meningkat? Bila kita berada dalam keadaan relax, ceria secara tidak langsung ia membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali.

Ini gambarnya. Harap gambar ini dapat menceritakan apa itu oksitosin.

Banyak lagi manafaat Ostematrik nie. Nanti kita sambung lagi yea.

Kalau nak order produk Shaklee, boleh contact saya seperti biasa

Salam sayang,

Nisha Razali

SID : 1004211

TEL/WA : 0182151847

Kelebihan dan manafaat ALFALFA

Alfalfa Complex

Saiz S (330 biji) RM 53.75; Saiz L (700 biji) RM97.50

Bismilillahhirrahmannirrahim.. hari ini kita cerita pasal alfalfa. Ianya bukan hanya untuk orang perempuan sahaja tetapi lelaki pun boleh ambil.

Untuk pengetahuan anda, Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950’s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.

Alfalfa tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid, bakteriosid, hormon2 sintetik, pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.

Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita

~~ Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
~~ Melegakan sakit sendi dan belakang.
~~ Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
~~ Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
~~ Merawat arthitis
~~ Bagus untuk elergi dan ekzema
~~ Merawat athma
~~ Mencuci usus bagi membuang toksik
~~ Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
~~ Meneutralkan asid dalam badan
~~ Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
~~ Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
~~ Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
~~ Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
~~ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
~~ Meningkatkan stamina seorang suami
~~ Melegakan sembelit
~~ Membuang angin dalam badan
~~ Milk booster
~~ Meringankan masalah urat timbul (Varicose viens)
Jangan lepaskan peluang menarik ini!! Nak order dengan saya, boleh contact saya pada nombor yang tertera di bawah.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik(SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Nisha Razali
Shaklee Independent Distributor [ID No : 1004211]
018 215 1847 | zubainishah@gmail.com.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Kombinasi Alfalfa

Bismillahhirrahmannirrahhim..

Jom kita lihat kombinasi Alfalfa.

– Alfalfa dan ESP/Mealshakes/Cinch Shake = Milkbooster/kekalkan berat badan
– Alflafa dan vitamin e = untuk kulit yang gorgeous, detox, keintiman
– Alfalfa dan GLA = detox, keintiman, hamil
– Alfalfa dan Vita C = untuk detox, alergi, mencantikkan kulit
– Alfalfa dan Ostematrix = untuk kesihatan tulang, melawas
– Alfalfa dan OmegaGuard = Detoks & Bakar lemak, membantu mengawal tahap kolesterol juga
– Alfalfa dan Lecithin = Detoks, tubuh langsing
– Alfalfa dan Herblax = Detoks
– Alfalfa dan Zinc = Diabetes
– Alfalfa dan Garlic = membuang angin dalam badan

dan lagi.. dan lagi.. ikut pada budget anda.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan juga pembelian, hubungi:

Nisha Razali

SID : 1004211 | Tel : 018 215 1847 | zubainishah@gmail.com

Sembelit

Sesiapa ada masalah sembelit. jom baca. Tak rugi pun. Saya sendiri mengalami masalah yang sama. Selepas mengambil supplemen shaklee masalah sembelit dapat diatasi. Artikel asal boleh klik kat sini

sembelitPERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.

Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.

Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Ismail Sagap, sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.

“Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.

“Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan.“Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.
“Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda,” ujarnya.Jelas Ismail, wanita muda sering memilih untuk menahan air besar daripada membuangnya terutama jika berada di kawasan awam seperti kompleks beli-belah yang mempunyai tandas kotor.

“Ramai wanita muda berasa geli untuk membuang air besar di tandas awam. Mereka lebih rela menyimpan najis dan membuangnya apabila sampai di rumah daripada terpaksa mencangkung atau duduk di dalam tandas yang kotor dan berbau.
“Tetapi keadaan yang biasa berlaku adalah sebaliknya. Apabila sampai di rumah, perasaan untuk membuang air besar sudah hilang dan tiada sebarang najis dilepaskan walaupun menunggu lama di dalam tandas,” ujarnya,

Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut gembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas.
Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.
“Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi signal kepada otak untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas. Tetapi apabila kerap berlengah ke tandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa untuk tidak ke tandas.
“Keadaan ini lama-kelamaan boleh mendatangkan masalah seperti perut kembung, muntah dan rasa sangat tidak selesa,” katanya.
Sementara itu, Pakar Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr. Ishak Mas’ud berpendapat, sembelit terdiri daripada tiga peringkat iaitu sembelit sejak lahir, pertengahan dan utama.
“Sembelit boleh menjadi gejala yang tidak merbahaya dan ia juga boleh menjadi sebaliknya.
“Sembelit yang tidak merbahaya hanya bersifat sementara dan disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dengan dos tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.
“Sembelit jenis ini juga boleh terjadi kerana pertukaran cara pemakanan yang kurang serat. Turut menjadi punca sembelit ialah kehadiran luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberi kesan yang amat sakit apabila membuang air besar.
“Bagi golongan warga emas dan pesakit angin ahmar, masalah najis melekat pada usus juga boleh menyebabkan mereka terpaksa meneran sehingga kulit dubur merekah, pedih dan berdarah,” jelasnya.
Secara klinikalnya, sembelit hanya bersifat gejala dan bukan penyakit. Namun, itu bukan alasan untuk masyarakat terus menganggap ia sebagai isu ringan apatah lagi jika menghidap sembelit secara berterusan untuk tempoh dua hingga tiga minggu.
Ironinya, masih ramai menganggap kesukaran membuang air besar dan najis berdarah sebagai buasir sedangkan ciri itu adalah tanda-tanda yang menjurus kepada kanser usus.
“Sembelit yang merbahaya terjadi disebabkan oleh kanser usus dan saluran najis yang tersumbat.
“Justeru, sekiranya anda mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.
“Ada beberapa kes yang pernah saya kendalikan menganggap sembelit dan najis berdarah hanya sebagai buasir, hakikatnya ia adalah kanser usus yang sudah serius,” ujarnya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.jadi ikutilah petua tradisioanal yang mudah dan ringkas ini:

Jika anda mempunyai masalah sembelit dan sukar untuk membuang air besar anda boleh mencuba petua mudah ini iaitu dengan minum air pisang masak caranya ambil 2 biji pisang lemak manis yang cukup masak kisar bersama 1 gelas air sejuk setelah itu minumlah air pisang tersebut.Lakukan setiap hari sehingga sembelit anda sembuh.

Anda juga boleh mengambil supplement dari produk Shaklee.

Untuk yang tidak hamil atau kaum lelaki
Herb – lax:
Alfalfa Complex:

Kebaikan:
– melegakan sembelit
– meningkatkan kesiatan sistem penghadaman
– menyokong kesihatan usus
– membantu menyahtoksinkan badan
– membantu mengurangkan berat badan

Untuk Ibu Hamil, Ostematrix

Kebaikan:
– Tidur malam lebih lena
– Menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan
– Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas dan kekejangan
– Melawaskan sistem penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan
harinya
– Badan lebih bertenaga dan rasa lebih ringan tubuh untuk bangun pagi.

Untuk kanak-kanak, mealshakes

Kebaikan:
– menangani masalah sembelit pada kanak-kanak

Cari saya jika nak order.
Nisha Razali (SID:1004211)
TEL|WA : 0182151847

Protein dan penyusuan, pentingkah?

bfBismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya tertarik dengan satu artikel bertajuk protein dan penyusuan.

Ramai atau mungkin yang ada ambil ringan tentang perkara ini atau mungkin kurang pendedahan mengenai perkara ini terutama bagi ibu menyusu.

Perjalanan saya untuk mencapai PHD dalam penyusuan masih jauh lagi. Anak saya baru berusia 9 bulan. Jadi, tinggal lagi 15 bulan lagi untuk capai PHD 😀

Kenapa protein amat penting bagi ibu menyusu? Sebab mereka memerlukan lebih protein untuk menyokong keperluan tubuh dan juga bayi berbanding dengan wanita yang lain.

Kita boleh dapat protein yang mencukupi dalam pemakanan harian kita. Namun, ada sesetengah orang perlu top up dengan mengambil supplemen.

Selain dari itu, kita kena pastikan suplemen itu mengandungi 9 asid amino penting. Dan, 9 nutrisi itu tidak dihasilkan tubuh. Jenuh nak cari kan?

Ini info dari University of Michigan Medical Schoolesp_contain1
“You should always look for a supplement that contains all nine or you may miss out on key nutrients. They include histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan and valine”

Dan yang paling menarik ESP – Soy Protein Isolate Powder mengandungi 9 nutrisi tersebut.

Tak perlu nak pening-pening kepala macamana nak cari nutrisi tu. Dengan pengambilan ESP, masalah selesai.

Berminat, boleh cari saya

NISHA RAZALI (SID:1004211)

TEL|WA : 0182151847

Kenapa hendak had masa penyusuan?

Jom baca artikel ini. Memang menarik.

Bagi ibu yang baru bfdiperkenalkan mengenai penyusuan secara eksklusif, jangan nak ngelat yea. Baca. Tak rugi baca. Menambah pengetahuan kita ada lah. Artikel asal klik sini

SEPANJANG menyusukan anak, pengambilan makanan seimbang di kalangan ibu adalah penting bagi memastikan mereka dapat menyalurkan cukup zat dan khasiat kepada bayi bagi meningkatkan kekuatan tubuhnya selain membina daya ketahanan terhadap jangkitan penyakit.

Walaupun ada pelbagai pendapat untuk memperba­nyakkan susu, namun sebenarnya tiada pemakanan khusus perlu diikuti golongan ibu yang menyusukan anak, tetapi mereka harus mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil makanan seimbang seperti disarankan piramid makanan. Pun begitu, mereka dinasihatkan supaya melebihkan pengambilan sayur berdaun hijau yang kaya dengan zat besi bagi memastikan tumbesaran sempurna kepada bayi.

Pakar laktasi, Che Aini Abdul Razak berkata, masih ramai ibu tidak mempunyai pengetahuan khusus mengenai pemakanan ketika menyusukan anak selain terikut-ikut sesetengah budaya yang mengehadkan pemakanan ibu mengandung termasuk mengelaskannya sebagai makanan ‘sejuk’ atau ‘panas’, sedangkan semua makan baik untuk mereka.

Beliau berkata, ada yang mengatakan pengambilan sesetengah jenis sayur-sayuran atau buah-buahan dapat memperbanyakkan susu badan, tetapi ia sebenarnya bergantung kepada keserasian dan kesesuaian tubuh seseorang itu.

“Ada yang mengatakan pengambilan lobak putih dapat memperbanyakkan susu, tetapi bagi masyarakat Cina pula, sayur itu dikelaskan sebagai makanan sejuk dan tidak boleh diambil ketika berpantang.

“Namun mengikut sesetengah orang pula, ada yang mengatakan makan betik muda dapat memperbanyakkan kandungan susu badan, tetapi ia sebenarnya tidak tertakluk pada jenis makanan semata-mata.

“Satu perkara penting yang perlu difahami ialah keadaan setiap orang tidak sama. Sesuatu makanan sesuai untuk seseorang itu tidak semestinya sesuai juga untuk orang lain. Maka keadaan itu (peningkatan jumlah susu badan) bukan sebab jenis makanan, tetapi keserasiannya dengan tubuh seseorang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang pernah bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu berkata, pengambilan sayur berdaun hijau yang kaya dengan zat besi memberi kesan baik kepada penghasilan susu ibu.

Katanya, keberkesanan pucuk pegaga yang kaya dengan zat besi dalam memperbanyakkan susu ibu terbukti melalui kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi). Justeru, janganlah dipandang sepi ulam yang biasanya tumbuh melata di halaman rumah ini kerana khasiat dan kebaikannya sudah terbukti.

“Sayur kacang merunggai yang sering digunakan dalam masakan dal oleh masyarakat India, sayuran ulam raja dan ulam-ulaman kampung juga didapati mempunyai khasiat secara langsung kepada penghasilan susu yang banyak.

“Apa yang penting, ibu menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat selain minum banyak air bagi membantu menghasilkan susu. Memang ada pendapat yang melarang wanita minum banyak air terutama ketika berpantang, tetapi kepercayaan turun temurun ini bukanlah nasihat yang baik kerana kekurangan air akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain,” katanya.

Namun menurut Che Aini, pemakanan seimbang semata-mata tidak akan dapat membantu memperbanyakkan susu ibu sekiranya ibu tidak kerap menyusukan anak mereka secara terus daripada payu dara.

Katanya yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam bidang laktasi, bagi menjayakan penyusuan secara eksklusif selama enam bulan seperti disarankan pengamal perubatan di seluruh dunia, ibu perlu menyusukan bayi mereka dengan kerap mengikut keperluan anak.

“Sekiranya ibu tidak memberi susu secara terus kepada anak sebaliknya lebih kerap mengepam, walaupun ibu mengepam dengan kerap (setiap dua tiga jam), namun kandungan susu ibu secara beransur-ansur akan berkurangan dan akhirnya kering kerana tidak menerima rangsangan daripada bayi.

“Ini kerana rangsangan terbaik bagi memperbanyakkan susu ibu adalah apabila bayi menghisap susu badan. Perbuatan bayi menghisap susu itu akan menghantar isyarat ke otak si ibu supaya ‘memberitahu’ badan untuk menghasilkan susu baru.

“Mengepam tidak sama dengan memberi susu terus kepada bayi. Bagaimanapun tidak dinafikan kepentingan untuk mengepam susu terutama dalam beberapa keadaan seperti apabila ibu bekerja dan bayi tiada di sisi, payu dara luka atau ada masalah lain yang tidak memungkinkan penyusuan terus.

“Kadang kala ada anak yang mengalami masalah sumbing (bibir atau lelangit) yang menyebabkan tidak wujud keadaan vakum di kawasan mulut hingga menghalang penyusuan secara terus. Maka dalam keadaan begini, susu ibu perlu dipam dan diberi kepada bayi,” katanya.

Selain itu, seseorang ibu tidak perlu mengehadkan masa penyusuan kerana si kecil akan berhenti menyusu apabila dia kenyang. Ia juga akan membolehkan bayi anda mendapat susu akhir yang pekat dan mengenyangkan.

Ibu juga tidak perlu memberi air kepada bayi terutama dalam tempoh enam bulan pertama selepas kelahiran kerana susu yang keluar pada awal sesi penyusuan 89 peratus adalah air yang mengandungi banyak laktosa.

“Apabila bayi dahaga, ibu boleh memberikan susu awal bagi menghilangkan dahaganya dan tidak perlu mencampurkan air kerana susu ibu sudah cukup untuk anak mereka,” katanya.

Bagi ibu yang bimbang dan tertanya-tanya sama ada anaknya sudah mendapat susu akhir yang mengenyangkan, Che Aini berkata, selepas bayinya melepaskan hisapan, ibu boleh mencuba dengan memicit sedikit payudara.

Sekiranya susu yang keluar pekat, maka itulah susu akhir dan ia menunjukkan bayi sudah mendapatnya. Susu akhir ini akan membuatkan bayi kenyang lebih lama selain membantu tumbesaran yang sempurna.

Bagi ibu yang mempunyai sebarang keraguan mengenai penyusuan ibu, bolehlah ajukan soalan kepada doktor anda atau melayari pelbagai laman web dan blog di Internet bagi mendapatkan pelbagai maklumat selain menyertai komuniti yang menyokong penyusuan susu ibu.

Panduan memperbanyakkan susu badan

* Hanya beri susu ibu walaupun bayi dahaga, tidak mencampurkannya dengan air.

* Tidak mengehadkan tempoh penyusuan, sebaliknya biarkan bayi melepaskannya sendiri.

* Mengamalkan pemakanan seimbang dan memperbanyak­kan pengambilan sayuran hijau.

* Sayuran seperti ulam kampung, pucuk pegaga dan kacang merunggai didapati mampu membantu memperbanyakkan susu memandang­kan kandungan zat besinya yang tinggi.

* Susukan bayi secara kerap. Jika bayi masih tidur apabila tiba waktu menyusu, gerakkan untuk diberi susu mengikut tempoh ditetapkan.

* Beri susu mengikut keperluan bayi.

* Mengepam mengikut keperluan bila bayi tiada di sisi.

* Jangan mencampurkan susu formula atau memberi air kepada bayi sepanjang tempoh penyusuan secara eksklusif.

Produk Shaklee ada set penyusuan atau milk booster. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut boleh contact saya seperti tertera no di bawah.

“SUSU IBU TETAP YANG TERBAIK UNTUK ANAK ANDA”

Nisha Razali (SID:1004211}
TEL|WA : 0182151847

Tip Kurus Mudah dan Berkesan

Jom Baca Tip Kurus. Artikel asal boleh klik kat sini

pitaukur

20 Tip Kurus Mudah dan Berkesan

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu

4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.

5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam

6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.

7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.

8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.

9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut. Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.

10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.

11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori

12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.

13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.

14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.

15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda

16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti

17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.

18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.

19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.

20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

nak kurus

Diet dengan Set Slimming Shaklee

Set Slimming Shaklee bertindak dalam 3 cara secara asasnya iaitu:
– Bakar/ pecahkan lemak dengan Lecithin/Omega Guard
– Buang/ detox lemak dan toksin dengan alfalfa/herblax
– Bina otot/fit dengan cinch shake/ESP

Ini bergantung kepada siapa yang mengambil set ini:
– Ibu menyusu
– Bukan menyusu(Lelaki dan wanita)

more advice? more tips?

Jom jadi customer saya
Nisha Razali (SID : 1004211)
Tel|WA : 0182151847

clog duct??

Mommy.. mommy… jom baca. Artikel asal boleh click kat sini

clog duct

clog duct

Apa itu duktus tersumbat?

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat”. Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.

Apa punca duktus tersumbat?

“Duktus tersumbat” (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak “diperah” dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur” disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.

Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?

Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah kami menunjukkan bagaimana ini dilakukan.

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar.

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Rujuk penyusuan A-Z kami untuk bantuan atau berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.

Buat masa ini, ingatlah bahawa:

Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
Mengambil panadol boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.
Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan. Bacalah artikel kami mengenai mastitis untuk maklumat lanjut.

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi “cerewet” apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

lecithin shaklee

Retail Price RM52.50 (180 biji). Supply for 3 month

Bolehkah saya terus menyusu?

Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda.

Tahukah anda, Lecithin membantu mengurangkan risiko #clog duct atau duktus susu tersumbat pada Breastfeeding Moms.
selain dari itu,
* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi.

 

JOM DAPATKAN LECITHIN DARIPADA SAYA

Nisha Razali (SID:1004211)

TEL|WA : 0182151847

Check out!!

image

Jika anda mempunyai masalah seperti berikut:
– rabun jauh
– rabun dekat
– silau malam
– power mata naik mendadak
Meh makan carotomax shaklee.

Nak ratah carrot hari2 memang sukar. Kalau ter sibuk, tak ke kita ter miss makan carrot.

Lagi satu petua pandang pokok hijau yang jauh nun. Kalau yg memandu kan sukar.. yg dok lena dari terminal sampai destinasi.. bila lah masa nak nengok kan.

Option lain, telan carotomax.

Nak order, wassap @ call nisha 0182151847