Berserah?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ini hari ke 3 saya tak bekerja. Tiada lagi panggilan interview. Saya masih berfikir bagaimana saya nak bayar hutang piutang? Mampukah saya?
Masa nak berhenti dulu, saya hanya ingat satu perkara BERSERAH pada-NYA. Kenapa saya berhenti? Ada banyak sebab. Tak boleh nak cerita. Yang dah lepas dijadikan ikhtibar.
Saya buka buku baru.
Buat masa sekarang saya tumpu kan pada produk shaklee. Memandangkan dulu hanya sekadar untuk diri sendiri. Lepas tu anak2 dan juga suami.  Lepas tu, MIL. Semua dah merasa kebaikan produk shaklee. Saya mula canang di kalangan kawan-kawan. Ada feedback positif. Seronok rasanya bila dapat share kebaikan produk shaklee dengan orang sekeliling kita.
Baru-baru ini, saya mula berjinak-jinak dengan mesin jahit. Nak upah jahit baju kurung atau blouse kan mahal. Kenapa saya tidk mencuba? Mana tau rezeki saya di bidang ini pula.
Terasa rugi jika saya tidak menggunakan sepenuh masa yang ada untuk membuat 2 perkara ini dan menjadikan ia sebagai pekerjaan tetap saya.
Rezeki saya Allah tentukan. Saya dah berusaha, selebihnya saya berserah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s