Sedap tapi


LOVEMYHEART1Bismillahhirahmannirrahim. Assalamualaikum semua. Harap menu tengahari penuh dengan khasiat dan tiada yang over cook. Kalau over cook maka semua khasiat hilang 😀

Aik!!! Anda baru lepas makan maggi? Sedapnya kan kan. Tapi anda kena ingat , maggi ini merupakan makanan segera yang tidak elok diamalkan sebagai santapan harian.

Ler.. tak kan tak tahu perencah mi segera biasanya mempunyai perisa yang berlebihan dan kandungan garam yang tinggi.

Sedap punya pasal semua tolak ke tepi.. yea tak

Sekiranya inilah cara pemakanan anda, lama kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Tak percaya?

Ini kesan pengambilan makanan segera

* Obesiti

Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Agak-agaklah dalam sebiji burger sahaja terdapat berapa peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?

* Ketahanan badan menjadi lemah

Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.

* Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan

Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.

Tapi kebanyakkannya ramai yang lepas pandang mengenai perkara ini.. sebabnya SEDAP punya pasal

*Diabetes

Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.

*Kanser

Ramai yang tahu kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Tapi ramai yang tak ambil kisah sebab tak kena lagi. Tak TAKUT kan?

p/s: teringat citer member. Dia ada masalah nak buang inai kering pada lantai yang dah melekat tak boleh nak dicungkil. Dia dah cuba macam-macam jenis produk untuk tanggalkan inai itu. Tapi tetap tak boleh. Satu hari, dia tengah minum air coca cola. Dia terfikir ‘Kenapa tak cuba tuang air ini kat atas inai tu’ Dia tuang dan biarkan selama satu jam. Voila!!! Tertanggal juga inai akhirnya. Agak-agak apalah kandungan dalam air coca cola tu yea. Anda boleh buat eksperimen sendiri. Cuba tuang air coca cola dalam lubang tandas. Lepas tu anda lihat apa yang akan terjadi. Jangan lupa bagi tahu saya hasilnya yea.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s