Kisah Mahal Harganya..

Customer : Kak Nisha, produk nie mahal lah.
Nisha : mahal? Mahal kat maner?
Customer : Semua produk nie mahal
Nisha : Memang mahal.. terlalu mahal.. tapi berbaloi.
Customer : Berbaloi apanya
Nisha : Sis minum air soya ini untuk apa? Confirm ker air soya nie cukup khasiatnya? Sis tau apa kandungan dalam air soya nie.
Nah.. cuba tengok label nie. Ia tulis apa. Yang nie boleh percaya. Terang dan jelas. Bonus yang kita dapat bila minum.. kulit gebus, licin, cantik. Yang sis minum confirm sama macam saya cakap nie?
Customer : Tak.. camne nak order yea dan berapa reganya.. tahan berapa lama.
Kak nisha : 1 canister boleh tahan 1 bulan atau 1.5 bulan.
Customer : Takde special price ker?
Kak nisha : ♡♡♡♡

image

Menyesal

simpul mengkarungBismillahhirrahmannirrahim.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Seawal pagi semalam saya kena simpul mengkarung. Sakitnya ya Allah jea yang tahu.

Dah lama tak rasa simpul mengkarung. Salah diri sendiri gak. Gatai sangat. Dah lama ter selalu ter tinggal dan ter ingat tapi selalu tak ingat. Banyak sangat ter nya. Hadiahnya simpul mengkarung.

Tau tak apa tu simpul mengkarung? kekejangan otot

ini link pasal simpul mengkarung. Rajin-rajin lah membaca yea.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Saya tau puncanya aper. Salah sendiri. Makan supplemen tak consistent.  Pastu mula lah, fikir mana silapnya yea. Last-last salahkan produk. Saya tak salah kan produk. Saya salahkan diri sendiri.

Pengajaran pagi semalam jangan nak gatai-gatai skip makan supplemen. Dah tau diri tak cukup zat buat perangai macam tu.
Supplemen yang saya maksudkan adalah ostematrix shaklee.  Ostematrix tu ialah kalsium. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan simpul mengkarung. Itu yang doctor bagitau yea.

Bestnya!!!

lovemeBismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.

Terasa ter rajin pulak meng update status kat blog sejak kebelakangan ini. Saya nak share pengalaman saya mengambil full set penyusuan shaklee dan lecithin.

Sejak saya consume mengambil full set ini, banyak benefit yang saya dapat. Antaranya kulit muka nampak cantik. Cantik bukan macam model tapi muka tu tak sopak. Tone color kulit muka jadi sekata.

Susu badan jadi pekat. Masalah perut mudah lapar tu dah kurang. Bila minum esp waktu pagi, sarapan pagi tu saya dah boleh control. Perut rasa kenyang.

Selsema memang dah jarang kena. Biasanya kalau anak-anak selsema, saya nie mudah kena jangkit. Demam pun begitu. Batuk sama gak.
Ohhh ya… Alfalfa… is the best supplemen. Seriously memang best. Pengganti kacip fatimah. Selain dari itu ia sebagai milkbooster. Saya dah cuba skip makan alfalfa dan saya nampak perbezaannya.  Lebih baik jangan skip. Consistent makan alfalfa. Rugi kalau skip. Ada banyak lagi yang nak di kongsi, kita sambung lain hari yea.

p/s:terasa puas hati rasanya bila dapat share pengalaman ngan korang semua 🙂
Wassalam.

Eeeee.. Ooooo

fullbbBismillahhirrahmannirrahim..
Pagi tadi bangun 4 pagi sebab terdengar anak no 4 bangun. Awalnya dia bangun. Dia tengah main sorang-seorang
Tengah saya mengepam, dia duduk kat depan saya.. dia senyum sambil keluar kan irama bunyi ‘Eeee.. Oooo’
Dia ikut irama mesin pump.
Terkejut pun yea.. nak ketawa pun yea
Bertuah betul..
Dah selesai ngepam, dia masih tak tidur. Dia kacau adik dia pulak.
Adeh.. memang susah nak tinggalkan dia macam tu.
Time-time tu lak perut dah nak berbunyi. Lari gi dapur bancuh ESP.
Teguk sampai abih. Larik balik tengok dia.
Intai dia tengah buat apa. Rupa-rupanya dia tengah ambil towel kecil. Tutup punggung adik dia.
Dia tepuk punggung adik perlahan-lahan seolah-olah nak bagi adik dia tido.
Tapi kalau tengokkan cara dia tepuk adik dia macam kejutkan adik dia bangun.
Waaaa!!!! Jangan lah si adik bangun memang susah nak buat kerja

Alhamdulillah.. dekat kul 5 pagi dia tido balik lepas abih minum susu sebotol.

Sedap tapi

LOVEMYHEART1Bismillahhirahmannirrahim. Assalamualaikum semua. Harap menu tengahari penuh dengan khasiat dan tiada yang over cook. Kalau over cook maka semua khasiat hilang 😀

Aik!!! Anda baru lepas makan maggi? Sedapnya kan kan. Tapi anda kena ingat , maggi ini merupakan makanan segera yang tidak elok diamalkan sebagai santapan harian.

Ler.. tak kan tak tahu perencah mi segera biasanya mempunyai perisa yang berlebihan dan kandungan garam yang tinggi.

Sedap punya pasal semua tolak ke tepi.. yea tak

Sekiranya inilah cara pemakanan anda, lama kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Tak percaya?

Ini kesan pengambilan makanan segera

* Obesiti

Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Agak-agaklah dalam sebiji burger sahaja terdapat berapa peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?

* Ketahanan badan menjadi lemah

Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.

* Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan

Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.

Tapi kebanyakkannya ramai yang lepas pandang mengenai perkara ini.. sebabnya SEDAP punya pasal

*Diabetes

Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.

*Kanser

Ramai yang tahu kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Tapi ramai yang tak ambil kisah sebab tak kena lagi. Tak TAKUT kan?

p/s: teringat citer member. Dia ada masalah nak buang inai kering pada lantai yang dah melekat tak boleh nak dicungkil. Dia dah cuba macam-macam jenis produk untuk tanggalkan inai itu. Tapi tetap tak boleh. Satu hari, dia tengah minum air coca cola. Dia terfikir ‘Kenapa tak cuba tuang air ini kat atas inai tu’ Dia tuang dan biarkan selama satu jam. Voila!!! Tertanggal juga inai akhirnya. Agak-agak apalah kandungan dalam air coca cola tu yea. Anda boleh buat eksperimen sendiri. Cuba tuang air coca cola dalam lubang tandas. Lepas tu anda lihat apa yang akan terjadi. Jangan lupa bagi tahu saya hasilnya yea.